Popular Posts

Please select any type of font and size that you like

Poll

Pages

Statistik

About

BAB 3 : NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH

(1) Persaingan British dgn kuasa imperialisme baru
1. Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia bersaing dapatkan bahan mentah dan tanah jajahan.

2. Tanah Melayu dan Siam menjadi rebutan kuasa.

4. British bimbang apabila Perancis meluaskan kuasa ke Lembah Menam Chao Phraya dan merancang membina terusan di Segenting Kra.

5. Pembinaan terusan di Segenting Kra mengancam perdagangan dan pelabuhan Singapura.

6. Jerman berusaha dapatkan Pulau Langkawi drp Siam.

7. Amerika Syarikat ingin bertapak di Terengganu.

8. Rusia berhasrat buka petempatan di Ujung Salang, Thailand.

9. Kebimbangan mendorong British meluaskan pengaruh ke Negeri-Negeri Utara Tanah Melayu.

(2) Perjanjian Sulit 1897
1. Ditandatangani pada tahun 1897.

2. Antara British dengan Siam

3. Bertujuan menghalang Siam menyerahkan atau membenarkan kuasa lain bertapak di selatan Siam.

4. Syarat Perjanjian Sulit 1897;

a. Siam tidak akan menyerahkan Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Perlis kepada kuasa lain tanpa izin British.

b. British akui hak Siam ke atas negeri-negeri tersebut.

c. British akan membantu Siam jika diserang musuh.

5. Perjanjian Sulit gagal menghalang sultan negeri-negeri tersebut menjalin hubungan dengan kuasa lain,

6. Sultan Kelantan memberikan konsesi tanah kepada Duff Development Company.

7. Duff jalankan usaha melombong emas di Kelantan.

8. Sultan Terengganu menerima permohonan Amerika Syarikat utk buka petempatan di Pulau Redang.

9. Ini membimbangkan British kerana kuasa lain akan bertapak di Tanah Melayu.

(3) Perjanjian Perisytiharan British-Siam
1. Ditandatangani pada tahun 1902

2. Syarat perjanjian :

i. British iktiraf Negeri-Negeri Melayu di bawah naungan Siam.

ii. Warga British dilantik oleh kerajaan Siam sebagai penasihat sultan.

a. W.A. Graham di Kelantan,

b. Meadowe Frost di Kedah

c. H.E. Duke di Perlis.

3. Kelantan dan Terengganu tidak dibenarkan memberi konsesi kepada kuasa asing.

4. British mengukuhkan pengaruhnya di Negeri-Negeri Melayu Utara Tanah Melayu.

(4) Perjanjian Bangkok 1909
1. Ditandatangani pada tahun 1909

2. Raja-raja Melayu tidak dibawa berunding. Terpaksa akur keputusan perjanjian tersebut.

3. Syarat Perjanjian Bangkok;

i. Siam serahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada British.

ii. Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British.

iii. British serahkan Hak Wilayah Asingan kepada Siam.

4. Hak Wilayah Asingan membolehkan rakyat British diadili mengikut sistem perundangan British. Rakyat British tidak akan diadili mengikut perundangan Siam.

5. Kesan perjanjian Bangkok :

1. Sungai Golok dijadikan sempadan antarabangsa antara Kelantan dengan Siam

2. British serahkan wilayah Tabal (daerah di Kelantan) kepada Siam.

3. Siam serahkan wilayah Reman kepada Kelantan dan Perak.

4. Sultan Muhammad IV Kelantan membantah penyerahan wilayah Tabal kepada Siam

5. Menimbulkan perasaan tidak puas hati penduduk Melayu di Tabal.

6. Sebilangan penduduk di Tabal berhijrah ke Kelantan kerana tidak mahu berada di bawah pemerintahan Siam.

(5) Penasihat British di Kedah
1. Sultan Abdul Hamid Halim Shah tidak mengiktiraf perj Bangkok & enggan terima Penasihat British.

2. British tetap lantik George Maxwell sebagai Penasihat British

3. George Maxwell kukuhkan kuasa dengan menyerap sistem pentadbiran Barat dalam pentadbiran

4. Menimbulkan konflik dengan anggota Majlis Mesyuarat Negeri pimpinan Tunku Mahmud.

5. Usaha Tunku Mahmud untuk kekalkan identiti Kedah;

i. Bahasa Melayu dlm surat rasmi dan perundangan.

ii. Surat rasmi tidak perlu ditapis.

iii. Menggunakan kalendar Hijrah.

iv. Keutamaan melantik orang Melayu dalam pentadbiran.

v. Berjaya mengekalkan identiti negeri Kedah melalui tindakan mahkamah.

vi. Menentang tindakan George Maxwell mengibarkan bendera Union Jack di kediamannya.

6. Usaha-usaha George Maxwell menerapkan pengaruh Barat dalam pentadbiran Kedah :

i. Bahasa Inggeris dalam surat rasmi & perundangan.

ii. Surat rasmi ditapis oleh Penasihat British.

iii. Cuti umum jatuh pada hari Ahad.

iv. Pelantikan pegawai British dalam pentadbiran Kedah.

(6) Penasihat British di Perlis
1. Raja Syed Alwi bantah tindakan Siam menyerahkan negeri Perlis kepada British.

2. Baginda enggan menerima Penasihat British.

3. British tidak menghiraukannya.

4. Kapten Meadow Frost dilantik penasihat British.

5. Kapten Meadow Frost kukuhkan kuasa dengan menggubal undang-undang.

6. Beliau memperkenalkan jabatan baru spt Jabatan Hasil dan Cukai, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Kadi.

7. Beliau menguasai Jabatan Kewangan sebagai strategi untuk menguasai pentadbiran negeri Perlis.

(7) Penasihat British di Kelantan
1. Sultan Muhammad IV hantar surat bantahan kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura berkaitan penyerahan negeri Kelantan kepada British.

2. Sultan Muhammad IV terpaksa menandatangani perjanjian dgn British bagi menempatkan penasihat British di Kelantan iaitu J.S. Mason.

3. Kuasa mentadbir jajahan diambil alih oleh pegawai British.

4. British menguasai Mahkamah Tinggi, jabatan polis dan Pejabat tanah.

(8) Penasihat British di Terengganu
1. Sultan Zainal Abidin III tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok.

2. Baginda menemui Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura untuk membuat bantahan.

3. British tetap lantik W.L. Conlay sebagai wakil British

4. Kuasa wakil British terhad dalam menguruskan hal ehwal luar negeri Terengganu.

5. Sultan Zainal Abidin III menggubal perlembagaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu bagi memelihara kedaulatan dan kemerdekaan Terengganu.

6. Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu;

i. Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Terengganu kepada mana-mana kuasa asing.

ii. Mustahak ke atas raja bermesyuarat.

iii. Hak raja dan menteri besar dalam memilih Jemaah Menteri.

7. Sultan Zainal Abidin III mangkat dan digantikan oleh Sultan Muhammad II.

8. British mendesak Sultan Muhammad II menandatangani perjanjian di Singapura

9. British lantik J.L. Humphreys sebg Penasihat British.

10. Jabatan Kastam, Perubatan, Kerja Raya, Tanah dan Galian diletakkan di bawah Penasihat British.

(9) Johor – negeri terakhir menerima Penasihat British
1. Hubungan persahabatan Johor dengan British mengekalkan kedaulatannya sehingga tahun 1914.

2 Kebijaksanaan pemerintah dan pengenalan sistem birokrasi moden membawa kestabilan dan kemakmuran ekonomi Johor.

(10) Pemerintahan di Johor – Temenggung Daeng Ibrahim (1825-1862)
1. Daeng Ibrahim jadi Temenggung Johor menggantikan ayahandanya Temenggung Abdul Rahman.

2. Beliau berkhidmat di bawah Sultan Hussein dan Sultan Ali.

3. Tahun 1855, Perjanjian Persahabatan ditandatangani antara Temenggung Ibrahim dengan Sultan Ali.

4. Kuasa kepada Temenggung Ibrahim untuk menjadi pemerintah Johor kecuali wilayah Kesang.

5. Syarat perjanjian :

i. Sultan Ali diiktiraf sebagai sultan Johor.

ii. Gelaran Sultan tidak boleh diwariskan kepada keturunan baginda.

iii. Kawasan pemerintahan adalah di wilayah Kesang.

6. Sumbangan Temenggung Ibrahim :

i. menjalankan pentadbiran dengan cekap

ii. mengasaskan pusat pentadbiran baru Johor di Tanjung Puteri.

iii. Mmemajukan ekonomi Johor dengan menggalakkan kemasukan orang Cina Singapura untuk mengusahakan ladang lada hitam melalui Sistem Kangcu.

iv. memperkenalkan sistem Kangcu

7. Sistem Kangcu :

i. Kangcu bermaksud Tuan Sungai.

ii. Orang Cina diberikan surat kebenaran yang dikenali sebagai Surat Sungai untuk menetap dan mengusahakan pertanian di tebing sungai.

iii. Kawasan perladangan dikenali sebagai Kangkar atau Kaki Sungai.

iv. Setiap Kangkar diketuai oleh seorang Kangcu yang memerintah dan memungut cukai.

v. Tanaman diusahakan -lada hitam dan gambir.

(11) Pemerintahan di Johor – Sultan Abu Bakar “Bapa Permodenan Johor”
1. Pada tahun 1862, Sultan Abu Bakar menaiki takhta dengan gelaran Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor.

2. Baginda ke England untuk mempelajari cara pentadbiran terbaik membangunkan Johor.

3. Ratu Great Britain mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Sultan Abu Bakar –tahun 1868

4. Sumbangan Sultan Abu Bakar :

i. memodenkan pentadbiran Johor,

ii. mengadakan mahkamah, pos, dan Jabatan Kerja Raya.

iii. membina sekolah, hospital dan jalan raya

iv. menjamin keamanan negeri Johor dengan menubuhkan pasukan polis dan tentera.

v. meneruskan Sistem Kangcu

5. Tahun 1885, Perjanjian Persahabatan ditandatangani antara Johor dengan British.

6. Syarat perjanjiannya;

i. Johor negeri yang bebas berdaulat.

ii. Maharaja Abu Bakar sebagai sultan Johor.

iii. Kedudukan Sultan Johor lebih tinggi daripada Pesuruhjaya Tinggi di Singapura.

iv. Baginda berhubung terus dengan kerajaan British di London tanpa melalui Pesuruhjaya Tinggi

v. Menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul dan bukannya Penasihat British.

7. Tahun 1885, Sultan Abu Bakar menggunakan gelaran sultan.

8. Tahun 1895, mengisytiharkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. (perlembagaan bertulis yang pertama)

9. Kandungan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor :

i. Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Johor kepada kuasa asing.

ii. Majlis Mesyuarat Menteri Negeri ditubuhkan.

iii. Anggota Majlis Mesyuarat Menteri hendaklah dilantik daripada orang Melayu

iv. Anggota Majlis Mesyuarat Menteri menasihati sultan dalam pentadbiran negeri.

v. Ahli Majlis Mesyuarat Negeri terdiri dari rakyat Johor

vi. Ahli Majlis Mesyuarat Negeri berperanan menggubal undang-undang.

10. Sultan Abu Bakar digelar Bapa Pemodenan Johor.

11. Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar menyebabkan British tidak dapat menggugat kemerdekaan Johor.

(12) Pembesar Johor – Dato’ Jaafar bin Muhammad;
1. Setiausaha Kerajaan Johor pertama.

2. Menteri Besar Johor yang pertama.

3. Digelar sebagai Datuk Bentara.

4. Mewajibkan semua pegawai British berkhidmat di Johor memakai pakaian rasmi kerajaan Johor.

5. Aarahkan bendera Union Jack (bendera British) dikibarkan lebih rendah drp bendera negeri Johor.

6. Penggunaan Bahasa Melayu dalam penulisan surat rasmi ke pejabat kerajaan Johor diwajibkan.

(13) Pembesar Johor -Dato’ Abdul Rahman bin Andak
1. Setiausaha Sulit Sultan Johor dan Setiausaha Kerajaan Johor.

2. Dianugerahkan gelaran Dato’ Seri Amar Diraja.

3. Jaga hal ehwal hubungan luar negeri.

4. Kawal hubungan Johor dengan British.

5. Perintis penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan bahasa Johor

(14) Dato’ Muhammad Salleh bin Perang
1. Memegang jawatan Pesuruhjaya Polis, Ketua Jabatan Ukur dan Ketua Jabatan Tanah.

2. Sebagai Pesuruhjaya Polis, menjaga keamanan dan kestabilan negeri Johor.

3. Melukis peta pembangunan negeri Johor yang menunjukkan semua jalan dan bandar yang akan dimajukan.

4. Dianugerahkan gelaran Dato’ Bentara Luar

(15 ) Pembesar -Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi
1. Ketua Jabatan Pendidikan Johor pertama

2. Mendirikan banyak sekolah.

3. Mendesak pendidikan diwajibkan kepada semua rakyat Johor.

4. Dianugerahkan gelaran Dato’ Bentara Dalam.

5. Digelar Bapa Pendidikan Melayu Johor.

6. Dilantik Timbalan Menteri yang pertama.

(16) Johor di ambang penjajahan British
1. British bimbang Johor dikuasai kuasa Barat yang lain.

2. Strategi British menguasai Johor bermula sejak Perjanjian Persahabatan 1885 dimana hal ehwal luar Johor diletakkan di bawah kawalan British.

3. British mengukuhkan pengaruh dengan menubuhkan Lembaga Penasihat Johor pada tahun 1886.

4. Peihal Lembaga Penasihat Johor

i. Sultan berhubung secara langsung dengan pejabat tanah jajahan di London.

ii. Dianggotai oleh orang British

iii.Menguruskan hubungan luar Johor

iv. Menasihati sultan tentang hal-hal pentadbiran.

5. Lembaga Penasihat telah menasihati Sultan Johor agar meminjam sebanyak 200 000 dolar daripada Negeri-Negeri Selat untuk membina landasan kereta api dari Johor ke Singapura.

6. Ini merupakan muslihat British untuk mengawal kewangan Johor.

7. Dato’ Abdul Rahman Andak menggagalkan rancangan British dengan menasihati sultan agar tidak menerima tawaran pinjaman British.

8. Kepintaran Abdul Rahman Andak menyedarkan British bukan mudah untuk campur tangan di Johor.

9. John Anderson, Gabenor Negeri-Negeri Selat mencadangkan Abdul Rahman Andak dibersarakan dan dihantar ke London.

10. Sultan Ibrahim terpaksa meminda undang-undang Tubuh Kerajaan Johor bagi membolehkan pihak British menjadi ahli Majlis Mesyuarat Negeri.

11. Tahun 1914, British melantik Douglas Campbell sebagai Penasihat British di Johor.

(17) Rumusan
1. Residen ditempatkan di NNMB

2. Penasihat ditempatkan di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)

3. Penasihat British mempunyai bidang kuasa yang terhad berbanding dengan Residen di NNMB.

4. Peranan Penasihat British :

i. kukuhkan kuasa dan memperkenalkan pentadbiran Barat

ii. Pengaruhi sultan agar singkirkan pembesar negeri yang menghalang cita-cita merek

iii. Pengaruhi sultan memperkenalkan jabatan baru

iv. Pengaruhi sultan melantik pegawai British mengetuai jabatan penting.
< >

No comments:

Post a Comment