Popular Posts

Please select any type of font and size that you like

Poll

Pages

Statistik

About

BAB 3 : KERAJAAN TERAWAL DI ASIA TENGGARA

(1) Kerajaan agraria

1. Berasaskan pertanian.

2. Terletak di tanah subur, lembangan sungai dan kawasan pedalaman.

3. Berburu,

4. Kutip hasil hutan

5. Tangkap ikan.

6. Menanam ubi taro, padi huma dan padi sawah

7. Ternak binatang.

8. Bina empangan,

9. Bina terusan dan saliran

10. Pemerintah – bina dan uruskan sistem pengairan

b) Kerajaan Angkor

1. Pusat kerajaan di hilir Sungai Mekong.

2. Pertanian di sekitar tasik Tonle Sap.

3. Bina baray (kolam air besar) utk kegiatan pertanian.

4. Raja dianggap Devaraja

i. wakil dewa untuk memimpin manusia

ii. berkuasa mutlak.

5. Raja dibantu oleh kerabatnya

6. Kegemilangan semasa Suryavarman II.

7. Agama utama - Hindu-Buddha.

8. Bukti kewujudan Hindu-Buddha ialah Angkor Wat.

c) Kerajaan Funan

Krajaan terawal di Asia Tenggara.
Pusat kerajaan terletak di Vyadhapura
Empangan, saliran, takungan air mengairi pertanian
Bekalan air dr Sg Mekong dan persisiran pantai.
Raja pertama – Kaundinya (bergelar Kurung Bnam)
Jeneral agung ialah Fan Shih-Man.
Pelabuhan utama - Oc-Eo
Jalan perhubungan utama – Sungai Mekong.
(2) Kerajaan Maritim

1. Terletak di persisiran pantai.

2. Pusat pentadbiran di kawasan muara sungai.

3. Kegiatan berkaitan laut – perdagangan, perikanan.

4. Laut menjadi laluan perdagangan utama.

5. Pelabuhan di kuala sungai sebg pusat perdagangan.

6. Pelabuhan lengkap dgn bekalan air, tempat tinggal,

7. Menjadi orang tengah

8. Barangan dikumpulkan -. hasil hutan, rempah ratus,

9. Bina kapal,

10. Kuasai ilmu pelayaran. Belayar ke Afrika Timur.

b) Kerajaan Champa

1. Diasaskan oleh Chu-Lien.

2. Raja Champa dipengaruhi agama Hindu.

3. Terdapat pegawai pemungut cukai.

4. Pelabuhan utama ialah Inderapura.

5. Ditadbir oleh 14 dinasti.

6. Kurun ke-13, dipengaruhi oleh China. Pengaruh China lenyap pada kurun ke-15.

7. Tahun 400M, kerajaan diterajui oleh Bhadravarnom.

8. Nama Champa wujud pada tahun 655 Masihi.

c) Kerajaan Chih Tu

1. Menurut I-Ching, Chih-Tu bermaksud Tanah Merah.

2. Diasaskan oleh Raja Gautama

3. Diketuai oleh seorang raja berkuasa mutlak.

4. Raja dibantu 3 orang menteri

5. Sistem pemerintahan ikut corak Srivijaya

6. Menerima pengaruh Hindu.

d) Kerajaan Srivijaya

1. Pusat pemerintahan di Palembang,

2. Raja berkuasa mutlak.

3. Menurut catatan Arab, raja dianggap Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau.

4. Menteri – perantaraan antara raja dan rakyat.

5. Catatan batu bersurat di Telaga Batu

i. pentadbiran diraja,

ii. pentadbiran ketenteraan

iii. pentadbiran daerah.

6. Kuasai Selat Melaka, Selat Sunda & Laut Jawa

7. Pelabuhan penting – Palembang.

8. Pelabuhan pusat pertukaran barangan

9. Damar, cendana, .kapur barus, kemenyan, lada hitam.

e) Kerajaan Kedah Tua

1. Kerajaan awal di Sem. Tanah Melayu

2. Dikenali sebagai Kataha.

3. Menurut I-Ching, Kedah Tua disebut Cheh-Cha.

4. Pelabuhan peringkat awal di Sg Mas – berpindah ke Lembah Bujang.

5. Dipengaruhi Buddha – kemudiannya agama Hindu.

6. Bukti pengaruh Hindu-Buddha – peninggalan candi di Lembah Bujang (candi di Bukit Batu Pahat).

7. Gunung Jerai – panduan kepada pedagang yang ingin ke pelabuhan Sungai Mas dan Lembah Bujang.

8. Pelabuhan di Kedah Tua – pusat tukar barang dan persinggahan pedagang sebelum belayar ke timur.

9. Menjadi pusat barangan dagang tempatan spt beras,

10. Menjadi pengeluar padi

11. Bukti kegemilangan sebagai pelabuhan entreport :

i. penemuan wang perak pmhan Sultan al-Mutawakil

ii. manik dari India

iii. barangan kaca dari Timur Tengah.

f) Kerajaan Majapahit

1. Diasaskan oleh Raden Wijaya

2. Menerima pengaruh Hindu-Buddha.

2. Pentadbiran berasaskan Undang Manu.

3. Raja dibantu Perdana Menteri dan 4 orang menteri.

4. amalkan konsep Devaraja.

5. Kegemilangan ketika pemerintahan Hayam Wuruk

6. Dibantu Perdana Menterinya (Patih Gajah Mada).

7. Dikunjungi pedagang luar

8. Pelabuhan utama-Kataha (Kedah Tua) & Temasik.

(3) Rumusan

1. Pentadbiran teratur bolehkan kemudahan di pelabuhan.

2. Kecekapan pemimpin mentadbir kerajan

3. Pemerintahan tersusun wujudkan suasana aman

4. Sokongan rakyat membantu kemajuan

5. Berbangga dgn kebolehan mengendalikan pelabuhan dan perdagangan bertaraf dunia

6. Keamanan, bermasyarakat, kesetiaan, bersatu padu, dan harmoni – penting dlm pemerintahan
< >

No comments:

Post a Comment