Popular Posts

Please select any type of font and size that you like

Poll

Pages

Statistik

About

SEJARAH SEKOLAH

Bagi pelajar tingkatan 2,anda mungkin memerlukan bahan atau maklumat tentang sekolah untuk Kerja Kursus anda.

Oleh sebab itu, inilah maklumat yang saya dapat kumpul melalui majalah sekolah,dan pelbagai yang berbeza.

SEJARAH SEKOLAH

1. PENGENALAN

SMK Seri Iskandar di buka dengan rasminya pada 02 Julai 2001, dengan kod AEA 8008 SM Luar Bandar Gred B. Sekolah ini dibina bagi menampung keperluan penduduk sekitar Seri Iskandar yang selama ini bersekolah di SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub yang muridnyanya hampir mencecah kepada 1800 orang sekitar tahun 2000. Ia juga untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar di SK Seri Iskandar yang bilangan muridnya semakin meningkat. Tambahan pula terdapatnya 2 buah pusat pengajian iaitu Universiti Teknologi Mara dan Universiti Teknologi Petronas serta pembangunan pesat di Bandar Baru Seri Iskandar dengan pembukaan taman-taman perumahan di kawasan sekitarnya.



2. PERKEMBANGAN SEKOLAH

Pada peringkat awal pembukaannya, sekolah ini menerima 218 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan 1,2 dan 4 dan bilangan kelas adalah sebanyak 18 kelas sahaja. Guru kumpulan pertama ditempatkan disini ialah seramai 8 orang, kemudian jumlah itu bertambah menjadi 24 orang pada akhir tahun 2001. Sementara bilangan pelajar terus bertambah menjadi sekitar 950 orang (ting 1 – ting 5) pada tahun 2007. Namun pada tahun 2011 jumlah pelajar meningkat hampir kepada seramai 1200 orang dan 74 orang guru.

Sekolah ini menerima pelajar-pelajar daripada 4 buah sekolah rendah iaitu:-

1) SK Seri Iskandar

2) SK Felcra Nasaruddin

3) SK Suak Padi

4) SK Iskandar Perdana(baru dibuka)

Dari segi kurikulumnya sekolah ini menawarkan mata pelajaran utama di peringkat menengah rendah dan menengah atas seperti sekolah-sekolah lain di seluruh Malaysia. Cuma pengenalan kepada mata pelajaran Vokasional ditambah kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 2001 iaitu mata pelajaran Lanskap dan Nurseri serta Seni Reka Tanda. Begitu juga mata pelajaran Pendidikan Muzik turut diperkenalkan pada tahun yang sama untuk pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 di kelas-kelas terpilih. Dari segi perjawatan, pada tahun 2008 mula dilantik 4 orang ketua bidang untuk SM Gred B iaitu bidang Bahasa, Kemanusian, Sains & Matematik dan Vokasional & Teknik untuk memantapkan lagi pengurusan sekolah di SM Gred B. Mulai 08 April 2010 Kelas Rancangan Khas telah ditubuhkan dengan menempatkan seramai 54 orang pelajar tingkatan 1 dalam dua kelas.Pendidikan Khas mula diwujudkan pada Januari 2011 dengan 5 orang pelajar dan 2 orang guru.



3. PRASARANA SEKOLAH

Sekolah ini terdiri daripada 5 blok utama yang mengandungi :-

1) Bilik Darjah - 30 buah

2) Makmal Sains - 6 buah

3) Bengkel Teknologi Kejuruteraan - 1 buah

4) Bengkel ERT - 1 buah

5) Bilik- bilik khas

5.1 Kemahiran Manipulatif

5.2 Unit Bimbingan dan Kaunseling

5.3 Penilaian dan peperiksaan

5.4 Klinik Kesihatan

5.5 Pengawas

5.6 Muzik

5.7 Seni Reka Tanda

5.8 Landskap & Nurseri

5.9 Lukisan Kejuruteraan

5.10 Matematik

5.11 Sejarah dan Geografi

5.12 SAL

5.13 Bilik Gymnasium

6) Pejabat

7) Bilik Mesyuarat

8) Bilik Guru

9) Kedai Kooperasi

10) Pusat Sumber

11) Makmal Bahasa

12) Makmal Komputer

13) Kantin

14) Padang

15) Bilik Persalinan



4. PENERAJU SEKOLAH

Sejak sekolah ini di buka, ia diterajui oleh pengetua-pengetua seperti barikut:-

1) En. Saidin b Osman 2001 – 2004

2) Tn. Hj. Hussein b Puteh 2005 – 2007

3) Pn. Hjh Hadijah bt Uda Mat Dris 2007 – 2009

4) Pn. Mashitah bt Ismail 2009 – sekarang

Kecemerlangan SMK Seri Iskandar sesungguhnya adalah dari kesungguhan dan komitmen warga sekolah ini yang sentiasa berpegang teguh pada slogan sekolah iaitu

"Sekolah Bestari, Guru Cemerlang, Murid Gemilang"
< >

No comments:

Post a Comment