Ramai murid(maaf istilah pelajar tidak boleh digunakan untuk SM)tertanya-tanya (KENAPAKAH Pkhas diwujudkan disekolah kita?) dan (Mereka nampak elok je!!)
Ini ialah serba sedikit informasi yang saya dapat kumpulkan,
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,
beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu
dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan khidmat yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup
sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang mampu
berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
MISI KELAS PENDIDIKAN KHAS
Memberi peluang kepada pelajar khas mendapatkan pendidikan sama seperti warga sekolah yang lain agar menjadi warganegara
Malaysia yang berpengetahuan, berdikari, penyumbang dan berakhlak mulia.
ETIKA KELAS PENDIDIKAN KHAS
• Bersifat sabar.
• Humor dan periang.
• Empati, prihatin, pemurah dan penyayang.
• Berpengetahuan, bersifat professional dan berfikiran positif
• Rajin, cekap, aktif, bertanggungjawab dan berfikiran terbuka.
• Berkeyakinan tinggi, berdaya saing dan berani mencuba serta berjiwa kental.
• Sedia menghadapi cabaran dan berusaha mempertingkatkan diri.
DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
Program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuk penggunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.
Bertujuan MENDIDIK dan MEMBENTUK murid melalui
- perkembangan mental
- kestabilan emosi
- integrasi sosial
JENIS-JENIS KETIDAKUPAYAAN
• Autisme
• Disleksia
• Hiperaktif/Hipoaktif
• Palsi Serebral
• Sindrom Down (2 orang sahaja)
• Kerencatan Akal(1 orang sahaja)
• Lewat Perkembangan(agak ramai)
• Slow Learner (agak ramai)
• ADHD
No comments:
Post a Comment