1. Gelaran negeri di Bawah Bayu
2. Nama Sabah berasal drp perkataan ‘saba’ -sejenis pisang yang dipanggil pisang saba.
3. orang Bajau memanggilnya pisang jaba.
4. Masyarakat pantai barat Sabah menanam pisang jenis ini sebagai bahan makanan.
(2) Sabah dgn kesultanan Brunei dan Sulu
1. Sebelum abad ke-16, Sabah tidak mempunyai pemerintahan beraja atau organisasi sebuah negeri
2. Dibahagikan kepada tiga :
i. sistem politik kesukuan
ii. sistem politik kesultanan
iii. sistem politik ketua bebas.
3. Sistem politik kesukuan terdapat di daerah pedalaman -didiami Kadazandusun, Murut dan Orang Sungei.
4. Mereka hidup dalam kelompok kecil dan dipisahkan daripada kumpulan lain oleh bentuk muka bumi seperti banjaran gunung, bukit-bukau dan sungai.
5. Sistem politik diamalkan di pedalaman walaupun Sabah diperintah oleh Kesultanan Brunei dan Sulu.
6. Sistem politik kesultanan diamalkan di persisiran pantai barat dan timur Sabah yang ditadbir oleh Kesultanan Brunei dan Sulu.
7. Abad17, Sabah diikuasai Kesultanan Brunei.
8. Kesultanan Brunei – ada masalah perebutan kuasa
9. Sultan Muyiddin serahkan kawasan timur laut Brunei kepada sultan Sulu kerana pertolongannya menewaskan musuh.
10. Sabah dibahagikan kepada dua kesultanan :
i. Kesultanan Brunei
ii. Kesultanan Sulu.
(2) Masyarakat Sabah
1. Kadazandusun, Bajau, Melayu-Brunei, Murut, Suluk, Orang Sungei, Kedayan dan Bisaya.
a) Persisiran pantai.
1. Orang Melayu-Brunei di kawasan pantai barat Papar, Kimanis, Sipitang.
2. Orang Bajau di pantai barat dan pantai timur spt Kota Belud, Papar, Semporna, Tuaran.
3. Orang Suluk di pantai timur spt Semporna, Lahad Datu, Tawau, Kudat.
b) Lembah pantai
1. Kadazandusun di pantai barat dan pedalaman spt Penampang, Tambunan, Ranau, Papar, Kudat.
c) Pedalaman
1. Murut di Tenom, Persiangan, Keningau dan Rundum.
(3) Kegiatan sosiobudaya
a) Pendidikan
1. Pendidikan tidak formal dipelajari oleh kanak melalui keluarga atau masyarakat.
2. Mempelajari kemahiran – cara memancing, memanjat, berburu, bertukang,
3. Pendidikan formal amat terhad
4. Pendidikan berkaitan agama Islam seperti membaca al-Quran dan menulis jawi di surau, pondok dan di rumah guru agama.
b) Peraturan dan adat resam.
1. Undang adat penting dalam kehidupan
2. Amalan undang adat seperti babas, sogit, dan kepanasan dijalankan oleh ketua adat. Bertujuan eratkan hubungan masyarakat.
3. Kadazandusun percaya jika tidak mematuhinya maka malapetaka seperti wabak penyakit, bencana alam serta kerosakan tanaman akan berlaku.
4. Undang adat dijalankan dalam amalan pertanian, perkahwinan dan kematian.
5. Dalam adat pertanian – amalan monogit iaitu upacara memuja semangat padi semasa menanam dan menuai padi.
6. Selepas musim menuai, perayaan penting orang Kadazandusun ialah Pesta Menuai.:
i. pesta menuai setiap tahun 30 dan 31 Mei
ii. petani akan datang beramai-ramai.
iii. menjual hasil tanaman mereka di tempat perayaan atau Tamu Besar.
iv. tarian Sumazau dipersembahkan
v. Penari-penari memakai baju hitam yang bersulamkan benang emas
7. Dalam adat perkahwinan kaum Bajau :
i. perkahwinan pada 14 dan 15 hari bulan Hijrah kerana cahaya bulan terang.
ii. Cahaya bulan yang terang menandakan pengantin akan dimurahkan rezeki.
iii. Upacara perkahwinan – Rabu dan Ahad.
iv. acara maglamilami (beramai-ramai) iaitu menjamu selera & menyaksikan hiburan.
8. Dalam adat kematian orang Murut :
i. saudara-mara kaum Murut memukul tiang rumah apabila berlaku kematian
ii. Mayat dibersihkan dan dipakaikan pakaian sebelum dikebumikan.
iii. Mayat dikebumikan dalam posisi duduk.
iv. Mayat dibakar dalam tembikar
v. disimpan dalam rumah selama tujuh hari.
c) Agama dan kepercayaan.
1. Pada awalnya masyarakat mengamalkan pagan dan kepercayaan animisme.
2. Kedatangan agama Islam membawa nilai-Islam kepada Bajau dan Melayu-Brunei.
3. Keadaan tersebut menwujudkan kumpulan etnik yang beragama Islam dan pagan.
4. Kumpulan etnik tersebut mewujudkan sistem ketua di sesebuah kampung atau orang tua di rumah panjang.
5. Bagi etnik beragama Islam, ketuanya berperanan menguatkuasakan hukum agama Islam.
6. Orang Tua menguatkuasakan undang adat di kalangan etnik bukan beragama Islam.
Agama dan kepercayaan Kadazandusun;
1. Mengamalkan kepercayaan animisme.
2. Sebilangan kecil memeluk agama Islam.
3. Tuhan Kinorohingan bersemayam di dunia lain.
4. Percaya setiap orang yang mati rohnya akan pergi ke Gunung Kinabalu
5. Apabila tiba masanya roh itu akan pergi lebih jauh lagi sama ada ke syurga atau neraka.
6. Setiap tahun, mengadakan upacara Magavau selepas menuai padi. Upacara untuk menghormati semangat padi.
7. Pesta Keamatan – tanda kesyukuran kepada Kinorohingan yang memberi hasil padi
8. Upacara semasa Pesta Keamatan ialah pertandingan Ratu Cantik (Unduk Ngadau).
9. Ratu Cantik melambangkan Huminodun yang telah dikorbankan menjadi padi.
10. Bomoh untuk membuang kepanasan dipanggil Bobohizan.
Agama dan kepercayaan kaum Murut
1. mempercayai animisme
2. Gunung Antulai atau Gunung Aru (Gunung Hantu) dianggap sebagai tempat suci.
3. Percayai Aki Kopuno – kuasa yang mencipta segala-galanya.
4. Bomoh mereka yang berhubung dengan kuasa ghaib dipanggil Babalian.
d) Kesenian
1. Tarian Sumazau oleh etnik Kadazandusun :
i. ditarikan ketika pesta menuai, musim perayaan
ii. disertakan pertandingan unduk ngadau atau ratu cantik.
2. Tarian Magunatip oleh etnik Murut :
i. semasa majlis Hari Magavau iaitu memuja semangat padi.
ii. diiringi pukulan gong oleh sepasang penari yang terdiri lelaki dan wanita yang berpakaian tradisi.
iii. Dua orang melagakan alu dan dua orang lagi memegang pangkal alu supaya tidak berganjak dari kedudukannya.
3. Tarian Mangalang oleh etnik Murut
i. ketika menyambut tetamu dari jauh, berpindah rumah dan hari Monggotom (Hari Pesta Menuai Padi).
4. Tarian Limbai oleh etnik Bajau.
5. Alat muzik bumiputera diperbuat daripada buluh. Contoh alat muzik bas, sompoton, gabang, suling, kulintangan, salun
6. Pembinaan rumah panjang :
i. tempat tinggal orang Murut dan Rungus.
ii. dibuat daripada hasil hutan seperti buluh,
iii. Hidup dalam sebuah keluarga yang besar.
iv. Ketua penghubung pemerintah – rakyat.
7. Mahir membuat barangan kraftangan
(4) Kegiatan ekonomi
a) Sara diri
1. Pertanian, pungut hasil hutan, pungut hasil laut dan tangkap ikan.
2. Pertanian kekal dan pertanian pindah.
3. Pertanian pindah – tanaman padi huma di kaki bukit, petani berpindah selepas dua atau tiga tahun utk mencari tempat baru.
4. Pertanian kekal spt padi sawah – tertumpu di kalangan Kadazandusun di lembah pantai barat seperti di Penampang, Papar, Tuaran
5, Orang Murut memungut hasil hutan
6. Melayu-Brunei, Suluk &Bajau -pungut hasil laut
7. Orang Bajau – penyelam & kutip hasil laut
8. Tangkap ikan- penduduk di persisiran pantai
9. Orang Bajau – nelayan.
10 Gua Gomantong di Sandakan – pengeluar sarang burung utk dieksport ke China.
11 Sarang burung berwarna putih dan sarang burung berwarna coklat. Sarang burung berwarna putih lebih berkhasiat.
13 Untuk dapatkan sarang burung, pemungut guna tangga atau panjat dinding yg tinggi dgn menggunakan buluh.
b) Perdagangan
1. Bertukar barang/ berjual beli di Pasar Tamu.
2. Berkumpul menjual hasil keluaran mereka.
3. Orang Bajau, Melayu-Brunei dan Suluk perdagangkan hasil laut dan beras.
4. Kadazandusun & Murut perdagangkan hasil hutan.
5. Perdagangan secara tukar barang.
6. Barangan ditukar – damar, getah perca, bahan getah, lilin lebah, rotan, sumbu badak, manik, dan barang-barang makanan.
7. Pasar Tamu eratkan hubungan antara etnik dan wujudkan semangat muhibah
No comments:
Post a Comment