Popular Posts

Please select any type of font and size that you like

Poll

Pages

Statistik

About

BAB 10 : DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

( 1 ) Perkembangan aktiviti ekonomi sebelum dan semasa pemerintahan British.
a) Ekonomi tradisional.
1. Contoh ekonomi sara diri – melombong, cucuk tanam, memungut hasil hutan, menangkap ikan.

2. Pengeluaran skala kecil, teknologi mudah, modal yang kecil,buruh yang terhad dan pasaran kecil.

3. Lebihan pengeluaran – untuk tujuan kenduri, zakat, sedekah, hadiah.

4. Padi pula disimpan untuk bekalan hingga musim berikutnya.

5. Tanaman lain – ubi, pisang, kelapa.

6. Ternakan – ayam, itik, lembu untuk keluarga.

7. Teknologi mudah – penanaman padi seperti tajak, cangkul, tugal,tenggala.

8. Sistem pengairan mudah – sungai dan hujan.

9. Menangkap ikan – mengail, bubu, jala.

b) Ekonomi dagangan.
1. Pertanian dan perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk pemasaran.

2. Pengeluaran dalam skala yang besar, buruh yang ramai, modal besar, pemasaran lebih luas.

3. Bijih timah dipasarkan ke China, Jepun, India.

4. Bijih timah juga dibuat gendang gangsa, senjata, alat muzik.

5. Kaedah melombong dengan mendulang – diusahakan oleh pembesar seperti Long Jaafar, dan Ngah Ibrahim

6. Kawasan lombong di sungai dan diusahakan oleh buruh tempatan.

7. Kedatangan British meminggirkan ekonomi orang melayu. Wujud ekonomi duaan (dwiekonomi) iaitu ekonomi tradisional dan ekonomi dagangan. Pantai barat dan timur juga tidak seimbang ekonominya.

8. Akhirnya British mengambil alih ekonomi dagangan dan membawa masuk buruh China.

c) Sistem pertanian komersial.
1. Pertanian komersial berasaskan kepaa eksport dan menjadi penyumbang utama kerajaan.

2. Contohnya pertanian komersial ialah ubi kayu, lada hitam, tebu.

3. Maharaja Abu Bakar telah menanam gambir dan lada hitam melalui sistem Kangchu.

4. Pemodal China dan Eropah menuasai pertanian komersial kerana mempunyai modal, teknologi, konsesi tanah yang luas dan tempoh pajakan yang lama.

5. Pemodal British telah menguasai getah, pemodal China pulaa menguasai gambir dan lada hitam.

6. Pada masa ini, masyarakat Melayu menjalankan ekonomi sara diri.

d) Perkembangan perusahaan getah.
1. Getah digunakan ketika revolusi Industri dalam industri kereta, maka getah ditanam di Tanah Melayu.

2. pada mulanya, getah ditanam di halaman kediaman Residen Hugh Low, Perak sebagai tanaman hiasan.

3. H.N Ridly (Pengarah Botanical Garden Singapura) mempromosi tanaman getah dengan memberi benih percuma kepada peladang.

4. Beliau juga menemui sistem menoreh ibidem (Cara tulang ikan hring) yang tidak merosakkan pokok.

5. Industri barangan pengguna yang memerlukan getah seperti kasut, tayar basikal dan alat elektrik.

6. Modal milik pelabur Eropah turut mengembangkan industri getah di Tanah Melayu, syarikat di London membawa masuk modal melalui penubuhan syarikat perwakilan di Tanah Melayu seperti Guthrie, Sime Darby.

7. Dasar galakan British kepada pemodal asing seperti sewa tanah dan tariff cukai yang rendah kepada pengusaha getah.

8. Kemajuan jalan raya dan kereta api telah menghubungkan kawasan pertanian dengan pelabuhan atau pusat pentadbiran telah memudahkan pengusaha (golongan komprador).

9. British juga membawa masuk pekerja India Selatan bekerja di ladang getah dengan gaji yang murah.

e) Kejatuhan perusahaan getah.
1. Kemerosotan perusahaan getah berlaku ketika Zaman Kemelesetan Ekonomi Dunia (1929 – 1932).

2. Ini bermakna ekonomi Tanah Melayu telah mempengaruhi perkembangan ekonomi dunia.

3. Industri getah pulih semula pda tahun 1934 kerana pertambahan permintaan dan kawalan negara pengeluar.

4. Rancangan sekatan Stevenson diperkenalkan bagi menahan harga getah jatuh. Prinsip rancangan ini ialah menghadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar agar harga naik.

f) Perkembangan industri perlombongan.
1. galian Tanah Melayu – contohnya bijih timah, emas, besi, arang batu, bauskit, antimoni.

2. Bijih timah dan emas ialah galian terawal diperdagangkan yang diusahakan secara kecil – kecilan oleh orang Melayu.

3. Bijih timah mendapat permintaan antarabangsa yang besaringga muncul pengusaha Eropah dan China mengambil alih peranan pembesar melayu.

4. Kedatangan pengusaha China pada awalnya dipantau oleh pembesar Melayu. Mereka perlu mendapat kebenaran melombong dan menjual semula hasil timah ini kepada pembesar Melayu. Harga timah ini juga ditentukan oleh pembesar melayu.

5. Kedatangan pemodal Eropah telah menghentikan penguasaan pembesar Melayu ini.

6. Kedatangan pemodal ini berjaya menyaingi pengusaha China kerana mereka menguasai kapal korek yang menghasilkan pengeluaran secara besar – besaran. Mereka berintensifkan modal, orang China berintensifkan buruh.

7. Kerajaan penjajah british juga telah meluluskan enakmen dan undang – undang yang mewujudkan penguasaan pengusaha Eropah.

8. Terdapat juga pembesar melayu yang mengambil mudah mencari keuntungan dengan memajakkan lombong mereka kepada saudagar China dari Negeri Negeri Selat kerana ketiadaan modal.

9. Tanah Melayu terus menjadi pengeluar utama bijih timah dunia sehingga Perang Dunia Kedua.

g) Pengusaha tenaga buruh China.
1. Kedatangan buruh ini mendapat galakan British dan tidak ditentang oleh orang Melayu.

2. Buruh China datang dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien.

3. Kedatangan mereka ini untuk bekerja dilombong bijih timah.

4. Buruh China datang dengan cara sistem kredit, sebelum ke Tanah Melayu mereka dikumpul di kampung mereka di China oleh Kheh thau (ketua).

5. Bakal imigran ini dikenali sebagai kin kheh. Ketua ini akan mendapat upah wang bafi setiap sin kheh.

6. Seterusnya sin kheh dikawal oleh nakhoda kapal atau agensi buruh terlebih dulu telah mendapat bayaran daripada bakal majikan sin kheh.

7. Kemudiannya sin kheh perlu membuat perjanjian secara bertulis atau lisan membayar hutang (kos kedatangan ke Tanah Melayu) dengan cara bekerja di bawah bakal majikan berkenaan dalam jangka waktu tertentu.

8. Mereka akan diberikan tiket yang menyatakan pelabuhan yang perlu dituju, di pelabuhan mereka akan diambil oleh pemborong buruh yang menjadi orang tengah bagi mendapatkan majikan dengan bayaran tertentu.

9. Kemudian jawatan pegawai pelindung buruh dan imigran dari China diwujudkan, mereka akan mengawasi kemasukan buruh dan imigran China ini.

10. Selepas itu sistem tiket kredit dignti dengan sistem pengambilan kakitangan dan sistem pengambilan rumah kongsi.

11. Melalui sistem pengambilan kakitangan ini majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China. Tambang dan pembiayaan buruh akan ditanggung oleh majikan. Pegawai berkenaan akan mengiringi buruh – buruh hingga ke tempat majikan.

12. Melalui sistem pengambilan rumah kongsi pula, pengambilan buruh akan dilakukan oleh pegawai di negara china yang dilantik oleh rumah kongsi. Pegawai tersebut akan menanggung kos membawa buruh hingga ke rumah kongsi di Tanah Melayu. Setelah buruh diserahkan pegawai dari China tersebut akan mendapat sejumlah bayaran tertentu.

13. Di Sarawak, imigran keturunan China Foochow secara berkumpulan dibenarkan masuk melalui persetujuan Charles Brooke dan Wong Nai Siong 9ketua Foochow di Sibu). Mereka ini akan menjadi buruh gambir dan lada hitam.

h) Penggunaan tenaga buruh India.
1. Buruh India datang untuk bekerja di ladang – ladang getah.

2. Kedatangan mereka ini juga tidak dihalang oleh orang Melayu dan mendapat galakan pihak British, di samping itu orang India sudah mempunyai hubungan tradisi dengan Tanah Melayu.

3. Kemasukan buruh India melalui sistem buruh bebas atau merdeka, sistem kontrak dan sistem kangani.

4. Melalui sisitem buruh bebas, mereka datang dengan biaya sendiri yang diatur oleh orang atau kumpulan tertentu. Di Tanah Melayu mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan mereka.

5. Melalui sistem kontrak, majikan membiayai tambang ke Tanah Melayu dan buruh India ini akan bekerja dalam tempoh masa tertentu ( 1-3 tahun) dengan gaji minimum dianggap 9 –13 sen sehari. Sistem ini amat menindas dan dianggap perhambaan tidak ketara. Sistem ini digantikan dengan sistem kangany.

6. Kangany bermaksud ketua, tandil atau mandur.

7. Kangany diberi kepercayaan oleh majikan dan diberi lesen dan kemudiannya akan ke India mencari tenaga buruh. Kangany diberi wang pendahuluan untuk membiayai kos buruh hingga ke Tanah Melayu.

8. Kangany kemudiannya dijadikan pengurus agensi membawa masuk buruh dan akhirnya sistem ini diharamkan kerana adanya penyelewengan.

i) Penggunaan mata wang.
1. Zaman Muzzaffar Syah Melaka – contoh wang emas, perak dan timah yang digunakan untuk urusan perniagaan.

2. Di negeri lain – dinar emas( Kelantan ), kupang emas ( Terengganu ), jongkong tampang ( Pahang ).

3. Pedagang Eropah membawa mata wang asing contohnya mata wang perak Sepanyolyang digunakan di Negeri – Negeri Selat dan Negeri – Negeri Melayu.

4. Kemudiannya kerajaan British mengeluarkan wang kertas bagi Negeri – Negeri Selat dibawah Lembaga Pesuruhjaya Wang, wang ini sahaja yang sah digunakan ketika itu dan wang kerajaan Melayu kian pupus.

j) Institusi kewangan atau perbankan.
1. Institusi kewangan berperanan menyediakan kemudahan pinjaman kepada pelabur yang kemudiannya memajukan industri bijih timah dan getah.

2. Bank memperkenalkan kaedah baru yang berorientasikan keuntungan berasaskan kadar faedah yang tinggi.

3. Bank telah menyebabkan dana luar negara dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan mudah dan cepat.

4. Bank telah bertindak sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimport dan melicinkan perdagangan antarabangsa.

5. Bank pertama di Tanah Melayu ialah Mercantile Bank.

6. Selepas Perjanjian Pangkor wujud banyak bank lain seperti The Chartered Bank, Hong Kong dan Shanghai Bank.

7. Bank Eropah mengutamakan pedagang Eropah.

8. Pedagang tempatan mendapat perkhidmatan bank Eropah melalaui Komprador (orang tengah) yang terdiri daripada orang tempatan yang diberi kepercayaan oleh bank untuk menjadi penaja kepada peminjam.

9. Bank tempatan pertana ialah Kwong Yik Bank di Kuala Lumpur, Bank of Malaya di Ipoh, Ban Hin Lee Bank di Pulau Pinang.

10. Di Sarawak – Kwong Lee Bank, Ban Chiang Bank.

11. Bank orang melayu pertama – Malay National Banking Corporation Bhd.

k) Perkembangan perkhidmatan insurans.
1. Antara insurans penting ialah insurans maritim, kebakaran, hatrra, perniagaan, kemalangan dan nyawa.

2. Insurans maritim – melindungi dagangan dan kapal pedagang.

3. Insurans kebakaran – penting kerana kebakaran kerap berlaku contohnya kebakaran hampir seluruh Kuala Lumpur tahun 1892.

4. Peringkat awal syarikat insurans di Tanah Melayu adalah cawangan syarikat beribu pejabat di luar negara – contohnya Boustead and Company England.

5. Syarikat insurans tempatan contohnya Straits Insurance Limited di Singapura.

6. Kerajaan British juga telah mengasingkan insurans nyawa daripada insurans kebakaran.

(2) Dasar – dasar pertanian British.
a) Dasar – dasar pertanian British.
1. Orang melayu diperkenalkan oleh British dengan tananam yang memepunyai pasaran seperti kopi, tembakau, getah.

2. British telah mengkomersialkan tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.

3. Tenaga buruh China dan India digunakan untuk memajukan lagi sector perladangan.

4. Undang – undang pemilikan tanah telah diperkenalkan oleh British, bertujuan untuk melindungi tanah orang Melayu daripada diceroboh oleh pemodal asing. Tetapi beberapa daripada aspek undang – undang ada yang menindas orang Melayu.

b) Pengenalan undang – undang berhubung tanah.
1. Sebelum kedatangan British persoalan tanah tidak menjadi masalah kepada orang Melayu kerana tanah yang luas, penduduk rendah, urusan cukai dan kebenaran mengusahakan tanah hanya dengan pembesar Melayu. Pemilikan tanah amat mudah iaitu pemilik tanah ialah sesiapa yang meneroka dan mengerjakan tanah tersebut.

2. Rekod bertulis adalah elemen penting dalam mengesahkan pemilikan tanah pada masa British.

3. Rekod ini juga digunakan dalam urusan tanah seperti cukai, pajakan, sewa beli, jual dan beli tanah.

4. Tanah juga dilihat sebagai cagaran untuk mendapatkan modal.

5. Undang- undangan tanah pertama ialah Peraturan Tanah Perak. Seterusnya Kanun Tanah Selangor, Peraturan Tanah Sungai Ujong.

6. Tanah dibahagikan mengikut nilai komersial seperti tanah ladang, pribumi dan perlombongan.

7. Kadar cukai tanah bergantung kepada jenis tanah dimiliki.

c) Kesan pengenalan undang – undang tanah British.
1. Permohonan kebenaran mendapatkan tanah sama ada syarikat atau individu didapati daripada Pejabat Tanah dan bukan dari pembesar Melayu lagi.

2. Kebenaran Pejabat Tanah juga diperlukan untuk mengutip hasil hutan seperti nipah, damar, rotan.

3. Bermakna kuasa residen negeri amat besar untuk menentukan tanah yang boleh diberikan kepada pemodal.

4. Kelulusan tanah pula bergantung kepada modal, teknologi dan bilangan buruh yang akan digunakan.

5. Dasar tanah British juga membawa kepada perkembangan ekonomi wang. Di mana cukai, jual, beli, sewa ke atas tanah perlu menggunakan wang. Mamalh orang Melayu perlu membayar cukai hasil hutan dalam bentuk wang.

6. Kesannya orang Melayu yang tiada wang meminjam daripada orang tengah dan kemudiannya menyelesaikan menjual tanah untuk menyelesaikan hutang mereka.

d) Undang – undang melindungi tanah bumiputra.
1. Akta Tanah Simpanan Melayu (TSM) diperkenalkan oleh British bagi mengelakkan tanah milik Melayu berpindah kepada orang asing.

2. Residen berhak mengisytiharkan mana – mana tanah orang Melayu sebagai TSM untuk mengelak TSM daripada dijual, dipajak gadai, atau ditukar milik.

3. TSM juga ingin melindungi ekonomi penjajajh, contohnya TSm tidak boleh diusahakan tanaman komersial. TSM tidak subur dan tidak sesuai untuk tanaman perladangan.

4. Land Order di Sarawak diperkenalkan bagi melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi oleh pengusaha China.

5. Di sini jaga diperkenalkan Land Settlement Order bagi melindungi tanah peribumi daripada diceroboh.

6. Di Sarawak pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui perwarisan, bagi mengelakkan pemajakan, pemecahan dan penjualan tanah kepada orang luar.

7. Land Order Sarawak seterusnya membhagikan tanah kepada 3 kawasan iaitu tanah campuran, tanah simpanan dan tanah pedalaman.

8. Imigran hanya dibenarkan memiliki tanah campuran sahaja, manakala tanah simpanan dan pedalaman dilindungi.

9. Di Sabah pula, Proklamasi III Perlindungi Hak Peribumi yang melindungi kepentingan peribumi diwartakan oleh British. Peraturan ini menetapkan hak milik peribumi di bawah kuasa Pegawai Daerah.

10. Segala urusan jual beli tanah di Sabah dengan orang Eropah pula perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi. Penduduk peribumi juga berhak menuntut ganti rugi ke atas tanah yang dijual kepada orang asing.

e) Dasar British terhadap pekebun kecil getah.
1. Kebanyakan pekebun kecil ialah orang Melayu. British berhasrat mengekalkan orang Melayu sebagai petani.

2. Maka Enakmen Tanah Padi diperkenalkan untuk mrnghalang tanaman getah ditanam di kawasan tanaman padi, sekaligus mengurangkan penglibatan pekebun kecil getah dalam penanaman padi.

3. halangan kepada orang Melayu seterusnya ialah apabila British menaikkan premium tanah baru untuk tanaman getah.

4. Selepas itu British melarang sama sekali pembukaan tanah baru untuk penanaman getah.

5. Pada awalnya penglibatan pekebun kecil Melayu secara kecil – kecilan tidak mendatangkan kebimbangan kepada pengusaha Eropah.

6. Apabila ekonomi meleset dan harga getah jatuh, British terpaksa melindungi pengusaha Eropah.

7. Antaranya dengan memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson yang menghadkan pengeluaran getah negara pengeluar.

8. Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pula memberi kuota lebih tinggi kepada pekebun kecil, mereka juga ditekan kerana dianggap mengancam pengusaha Eropah.

9. Tanaman getah yang banyak masalah ini tetap menguntungkan orang Melayu berbanding tanaman padi.

10. Oleh itu, orang Melayu tidak berminat mengusahakan tanaman padi.

f) Dasar tanaman padi.
1. Minat orang Melayu kepada getah berbanding padi membimbangkan British kerana Tanah Melayu terpaksa mengimport beras dari Thailand, Myamnar, Indo-China.

2. Bekalan import beras ini tidak terjamin, contohnya ketika berlaku kekurangan pengeluaran beras di Myanmar.

3. Maka petani tidak dibenarkan menaman padi di tanah sawah.

4. British menubuhkan Jabatan Parit, dan Tali Air bagi memperbaiki sistem peparitan dan membantu tanaman padi.

5. Ini membuktikan bahawa British tidak memberi perhatian kepada kemajuan ekonomi orang Melayu.

(3) Kesan – kesan dasar ekonomi British.
a) Perkembangan pembandaran.
1. Pembandaran bermaksud perubahan pekan kecil atau kampung kepada bandar hasil pertambahan fungsi dan kegiatan ekonomi.

2. Pembandaran lebih cepat berlaku dikawasan yang menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah.

3. Pekan di kawasan perlombongan biasanya mempunyai penduduk yang kian bertambah, menjadi pusat mengumpul hasil lombong, pusat mendapatkan keperluan harian.

4. Pekan ini kemudiannya menjadi bandar yang menjadi pusat pentadbiran, perbankan seperti Kuala Lumpur, Taiping.

5. Bandar Miri pula berkembang kerana adanya petroleum.

6. Bandar baru muncul ini menjadi tumpuan penduduk dan berfungsi sebagai pusat perniagaan, pentadbiran.

7. Bandar ini lengkap dengan kemudahan jalan raya, sekolah, air, elektrik, pusat kesihatan, dan institusi kewangan.

8. Bandar – bandar ini kebanyakkanya didiami oleh orang China, sebaliknya orang Melayu dan India menetap di luar bandar.

9. Bandar baru pesat kerana adanya kemajuan pengangkutan dan mempunyai rangkaian jalan raya dan kereta api.

10. Hasil getah dan bijih timah turut mengembangkan bandar pelabuhan kerana keperluan eksport seperti pelabuhan Klang, Pulau Pinang.

11. Bandar Kuching pula muncul kerana kemajuan tanaman gambir dan lada hitam.

12. walau bagaimanapun kemudahan infrastuktur ketika pemerintahan British tidak melibatkan kawasan luar bandar khususnya di kawasan pantai timur Tanah Melayu.

b) Pembentukan masyarakat berbilang kaum.
1. Kedatangan imigran China dan India kerana keperluan tenaga manusia khasnya perlombongan dan perladangan.

2. Kedatangan imigran yang berlipat kali ganda banyaknya ketika British telah membentuk masyarakat berbilang kaum di tanah Melayu.

3. Semasa British petempatan dan kegiatan ekonomi berasaskan kaum, Melayu bertani di luar bandar, Cina berniaga dan melombong di bandar dan kawasan perlombongan. India menoreh getah di ladang.

4. Bahasa pertuturan mereka mengikut bahasa ibunda masing – masing.

5. Pada masa ini tidak wujud interaksi dan perpaduan antara kaum.

c) Perkembangan sistem pendidikan vernakular.
1. Sistem ini menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar dan tidak memupuk perpaduan kaum.

2. Pendidikan Melayu tradisional – mempelajari al- Quran, bahasa Arab, ilmu agama, membaca, menulis dan mengira di surau, masjid dan sekolah pondok.

3. Sekolah melayu – contohnya di Singapura, Seberang Prai, Kuala kangsar yang dijalankan di peringkat rendah sekadar menjadikan mereka petani yang lebih baik daripada bapanya.

4. Maktab Perguruan Sultan Idris – melatih guru Sekolah Melayu.

5. Kolej Melayu Kuala Kangsar – sekolah untuk golongan elit Melayu.

6. Sekolah Tamil – disediakan oleh British di bandar dan pengusaha ladang membiayai sekolah di ladang. Ia berorientasikan negara India, di mana sukatan, buku, guru dari India dan menggunakan bahasa Tamil.

7. Sekolah Cina – dibiayai oleh saudagar dari China. Ia juga menggunakan sukatan, buku, guru dari negara asal (China) dan menggunakan dialek cina masing – masing. Selepas adanya pengaruh komunis British mengawal sekolah ini.

8. Sekolah Inggeris – peringkat awal diusahakan oleh mubaligh dan badan sukarela. Sekolah ini sekolah elit yang terletak di bandar dan pelajarnya di kalangan orang atasan. Kurikulumnya disusun mengikut sistem pendidikan di England.

9. Universiti Malaya – diusahakan oleh British di Singapura tetapi agak lewat.

d) Perkembangan sektor perkilangan.
1. Pada awalnya British terlalu menumpukan kepada eksport getah dan bijih timah, hampir semua barangan kilang diimport.

2. Barangan kilang yang diimport seperti pakaian telah bersaing hebat dengan perkilangan tradisional tempatan seperti batik, sutera.

3. Kasut getah – contohnya kilang Syarikat Fung Keong dan Syarikat Bata di Klang.

4. Kilang membina kapal korek, kapal kecil dan mesin memproses getah – Syarikat United Engineers.

5. Kilang mengetin nanas – diusahakan oleh bangsa Perancis di Johor.

6. Sektor ini dikuasai oleh pengusaha Eropah dan Cina, sementara orang Melayu tercicir.

e) Sistem pengangkutan dan perhubungan.
1. Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport, contohnya Taiping ke Port eld, Seremban ke Port Dickson, Kuala Lumpur ke Port Swettenham.

2. Jalan kereta api turut dihubungkan dari Seberang Perai hingga ke sempadan Siam.

3. Kemudiannya ke pantai timur dari gemas, Pahang, Kelantan ke sempadan Siam.

4. Seterusnya disambung ke selatan hingga ke Singapura.

5. Pengangkutan kereta api juga menggalakkan pembukaan tanah baru di pedalaman dengan tanaman getah.

6. Kereta api juga dapat membawa muatan yang banyak.

7. Di samping itu, jalan denai dan kereta lembu yang digunakan untuk mengangkut bijih timah dan getah ke pangkalan sungai telah digantikan dengan jalan raya.

8. Jalan raya terus berkembang khasnya apabila kenderaan bermotor diperkenalkan.

9. Beberapa rangkaian jalan raya disiapkan, contohnya dari Seberang Prai ke Melaka, Perlis ke Singapura, Kuala Lumpur ke Kuantan.

10. Sistem perhubungan – contohnya telegraf, telefon, pos.

11. Kemudahan pengangkutan dan perhubungan di Pantai Timur Tengah Melayu ketinggalan kerana kurangnya pembangunan ekonomi.

f) Perkhidmatan kesihatan.
1. Kedatangan imigran menyebabkan kesesakkan penduduk dan berlaku pelbagai penyakit berjangkit kerana temapt tinggal yang kotor dan air yang tidak bersih.

2. Hospital kerajaan terawal dibina di Taiping dan Kuala Lumpur.

3. Pusat perubatan pula dibina di Batu Gajah, Kuala Kangsar dan Kuala Lumpur.

4. Pusat perubatan kecil pula di Pahang dan Negeri Sembilan.

5. Hospital di Sabah – Jesselton, Sandakan, Tawau.

6. Perkhidmatan perubatan di Sarawak di Kuching dan pusat perubatan kecil di Sibu dan Sri Aman.

7. Hospital swasta – contohnya Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur memberi khidmat khasnya kepada pelombong.

8. Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur – mengkaji punca penyakit dan langkah – langkah pencegahannya.

9. Sanitary Board – lembaga yang menjaga kebersihan dan kesihatan awam di bandar Kuala Lumpur. Fungsi lembaga ini kemudiannya terpecah dua dan kepada dua bahagian iaitu Sanitary Board menjaga kebersihan bandar dan Jabatan kesihatan menjaga kesihatan.
< >

BAB 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH

BAB 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH

(1) Perubahan di eropah dari Zaman Pertengahan awal hingga ke Zaman Pertengahan Akhir.
a) Zaman pertengahan di Eropah.
1. Zaman pertengahan terbahagi 3 iaitu peringkat awal, kemuncak dan akhir.

2. Zaman Gelap pada masa zaman pertengahan awal.

3. zaman Renaissance pada masa zaman pertengahan akhir.



b) Latar belakang Zaman Gelap (Pertengahan Awal).
1. Eropah mengalami kemerosotan ilmu pengetahuan, perdagangan dan penbandaran.

2. Ketika ini tiada pusat pentadbiran yang berkesan.

3. Dunai islam pada masa ini sangat mantap, oleh itu Eropah mengambil ilmu daripada dunia Islam.

4. Pada masa ini, empayar Rom barat (kuasa pusat) runtuh, maka muncullah golongan baron (tuan tanah).

c) Apakah ciri – ciri Zaman Gelap (Pertengahan Awal).
1. Petani mendapatkan perlindungan daripada tuan tanah kerana politik tidak stabil.

2. Petani membayar cukai yang tinggi sebagai tukaran kepada perlindungan yang diberikan oleh tuan tanah.

3. Petani yang tidak berkemampuan telah menyerahkan tanah mereka dan menjadi hamba.

4. Tuan tanah pula mendapat perlindungan daripada raja.

5. Tuan tanah dikehendaki memberi khidmat atau membayar cukai kepada raja.

6. Hubungan antara petani, tuan tanah dan raja ini dikenali sebagai sistem feudal.

7. Di negeri melayu sistem feudal juga diamalkan, di mana raja berkuasa mutlak, dan pembesar berkhidmat dan dinaungi raja, rakyat dan hamba melayu berkhidmat untuk pembesar.

8. Gereja Katolik amat berkuasa ketika Zaman Pertengahan, mereka memiliki hartanah yang banyak dan focus utama ialah ilmu akhirat hingga mengongkong hidup masyarakat.

9. Perdagangan pada zaman ini diganggu orang gasar seperti Maygar dan Viking. Perdagangan ke timur dan Laut Mediterranean pula dikuasai oleh orang Islam.

10. Masalah ekonomi ini menyebabkan mereka menumpukan kepada pertanian, mereka menjalankan aktiviti tukar barang kerana mata wang dalam pasaran terhad.

d) Zaman Kemuncak Pertengahan.
1. Gereja menjadi institusi yang universal dan menjadi ejen penyatuan.

2. Perubahan ekonomi berlaku kerana pertambahan penduduk, peningkatan pertanian dan kemunculan perdagangan.

3. Kemudian muncul pula bandar seperti Venice, Milan.

4. Lahir juga kelas pertengahan seperti artisan, pedagang.

5. Status sosial ditentukan oleh kekayaan dan bukan pemilikan tanah.

6. Wujud juga institusi politik seperti parlimen.



e) Zaman Renaissance (Pertengahan Akhir).
1. Reanissance berasal daripada perkataan Itali iaitu renisciment bermaksud kelahiran semula iaitu penghargaan semula ilmu yang terhasil pada Zaman Yunani dan Rom.

2. Tamadun Yunani dan Rom tenggelam ketika Zaman Gelap.

3. Asas pemikiran zaman ini ialah menonjolkan keupayaan manusia berfikir menyelesaikan masalah yang dikenali sebagai humanisme. Bapa humanisme ialah F.Petrarch.

4. Antara tokoh Renaissanxe seperti N. Machiavelli.

5. Manusia zaman ini mempunyai semangat inkuiri (semangat ingin tahu yang kuat).

6. Zaman ini bermula di Itali, di mana muncul bandar terkenal seperti Venice, Rom dan Milan yang menjadi pusar perdagangan antarabangsa.

7. Itali amat strategik sebagai pelabuhan persimpangan antarabangsa contohnya pelabuhan Venice dan Genoa.

8. Di sini berlaku pertembungan budaya, bahasa dan agama.

9. Di sini juga muncul pedagang yang kaya yang menggunakan kekayaan mereka untuk mengindahkan bandar.

10. Pedagang kaya ini kemudiannya menjadi patron atau penaung kepada pelukis, saintis, pemuzik dan penulis.

11. Patron terkenal seperti keluarga Medici di Florence.

12. Patron berusaha menarik masuk cendiakawan dan seniman yang berkunjung dari bandar ke bandar menyebarkan idea Renaissance. Ke seluruh Itali.

13. Paus juga cuba melindungi seniman dan cendiakawan ini. Gereja Rom yang mencemburu kepada bandar Florence (dibina oleh patron-Medici) yang cantik ingin menandinginya, tetapi saintis berselisih faham dengan gereja (mereka mencabar fahaman tradisi gereja, contohnya kes Galilco Galilei).

14. Gereja berubah memberi tumpuan kepada seni lukis dan seni ukir, mereka mengupah Leonardo da vinci, Raphael, Michaelangelo mencantikkan gereja dan katedral di Rom.

15. Pelukis dan penulis ketika ini ingin dikenali secara individu maka semangat dan amalan individualisme.

16. Selepas itu pelukis dan pengukir juga mahir dalam ilmu pengetahuan.

17. Tokoh Renaissance di luar Itali – Thomas More, Francis Bacon, Wiliam Shakespeare.



f) Kesan Zaman Renaissance (Pertengahan Akhir).
1. Politik – Muncul monarki baru yang berasaskan kekuatan kerajaan pusat seperti di Portugal, castile dan Aragon (Sepanyol), England, Perancis. Ia diperkukuhkan lagi dengan amalan bayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat. Kesannya kuasa raja bertambah, sebaliknya kuasa gereja dan bangsawan berkurang.

2. Ekonomi Aktiviti sara diri pupus, sebaliknya perdagangan meluas. Mereka mula menjelajah dan maju dalam bidang ilmu seperti matematik, geografi, astronomi. Ciri – ciri zaman ini seperti inkuiri, objektif dan eksperiman memajukan ilmu sains seperti bologi, fizik, kimia, perubatan.

3. Sosial – Berlaku perubahan pemikiran, mereka lebih berani menzahirkan emosi dan keinginan mereka. Maka lahirlah muzik, lukisan, ukiran dan membentuk budaya yakin.

4. Pemikiran logik, sainstifik, falsafah dan metafizik – melahirkan manusia yang menggunakan sepenuhnya minda mereka untuk memajukan manusia.

g) Gerakan Reformation di Eropah Barat.
1. Reformation berasal daripada perkataan reform bermaksud melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilakn sesuatu yang lebih baik atau untuk membentuk sesuatu yang baru.

2. Kritikan ini kerana gereja meningkatkan pembangunan keduniaan agar Rom menjadi kuasa yang kuat di tengah Itali.

3. Gereja juga kian pincang, rasuah dan menyeleweng.

4. Penguasa Gereja Katolik dianggap lari daripada kitab Bible.

5. Penyelewengan telah berlaku dalam amalan penjualan sijil indulgenees (Surat pengampunan dosa) ke seluruh Eropah.

6. Di Jerman, gerakan agama ini dibantu oleh mesin cetak Johann Gutenberg – di mana Bible dicetak dalam masa singkat dan murah harganya.

7. Martin Luther (Jerman) menetang amalan indulgences, menurutnya manusia perlu bergantung kepada kekuatan rohaninya. Ajaran Luther ini dikenali mazhab Protestan bermaksud membantah.

8. Ajaran Martin berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan England.

9. Di Switzerland gerakan ini diketuai oleh Zwingli, selepas kematiannya disambung pula oleh John Calvin.

10. Bagi menangani penentangan ini gereja Katolik mengendalikan Counter Reformation yang bermaksud menahan atau bertindak menentang sesuatu yang baru.

h) Kesan Gerakan Reformation di Eropah Barat.
1. Berlaku perpecahan agama Kristian – di mana berlaku perang mazhab Kristian di Perancis, Sepanyol, Jerman.

2. Tetapi kesan jangka panjang, gerakkan ini mewujudkan sikap toleransi antara mazhab Kristian untuk menyebarkan pendidikan dan fahaman Kristian.

3. Kuasa gereja telah dicabar, golongan monarki ingin membebaskan diri daripada penguasaan Paus di Rom, contohnya Raja Henry VII memutuskan hubungan dengan gereja Rom kerana ingin berkahwin. Beliau telah menjadi ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican.

( 2 ) Zaman Penjelajahan dan Penerokaan.



a) Latar belakang bermulanya penjelajahan orang Eropah.
1. Kejayaan sains dan teknologi zaman Renaissance membantu kegiatan penjelajahan ini.

2. Mereka mencari laluan ke timur kerana kerajaan Islam Turki telah menguasai Istanbul.

3. Selama ini orang Eropah mendapat barangan timur melalui Istanbul tetapi mereka menghadapi masalah selepas kerajaan Islam memerintah Istanbul.

4. Mereka memulakan penerokaan dengan melalui Lautan Atlantik untuk sampai ke timur.

b) Sebab – sebab penjelajahan berlaku.
1. Desakan ekonomi – orang Eropah memerlukan barangan timur seperti emas, sutera, rempah.

2. Galakan pemerintah ( raja Sepanyol dan Portugal ), Sepanyol menumpukan kepada Amerika Lain dan Portugal ke timur.

3. Persaingan kuasa Sepanyo dan Portugal – Sepanyol turut ke timur, begitu juga sebaliknya degan Portugal.

4. Persaingan ini menyebabkan Paus Rom menggesa dibuat Perjanjian Tordesillas bagi menetapkan kawasan pengaruh masing – masing – timur milik Portugal, barat milik Sepanyol.

5. Peranan Columbus – orang Eropah pertama tiba di Amerika.

6. Peranan Magellan – tiba di timur dan terbunuh di Filipina.

7. Perdagangan rempah dan sutera amat menguntungkan menjadi pendorong utama kuasa Sepanyol/ Portugal ke timur.

8. Mereka juga menjelajah untuk menyebarkan agama Kristian khasnya Sepanyol yang pernah diperintah oleh orang Islam begitu bersemangat menyebarkan agama Kristian.

9. Monarki baru di Eropah menggalakkan penerokaan, contohnya di England, Perancis dan Belanda.

10. Rumusannya penjelajahan kerana “ Gold, Glory, Gosper”.

c) Kesan penjelajahan kepada masyarakat setempat.
1. Dari segi politik – banyak perjanjian dibuat antara penguasa tempatan dengan wakil kuasa Eropah. Perjanjian ini menandakan pengiktirafan kuasa Eropah.

2. Di antara wakil Eropah tersebut seperti Syarikat Hindia Timur Belanda ( VOC ). Syarikat Hindia Timur Inggeris ( EIC ). Syarikat seperti ini berdagang hingga ke Afrika, Latin Amerika, Asia Tenggara dan Asia Timur.

3. Dari segi ekonomi – kawasan luar Eropah menjadi pembekal kepada masyarakat Eropah, Goa, Melaka contohnya di kuasai Portugal.

4. Jalan perdagangan di Lautan Hindi dan Asia Tenggara yang dikuasai oleh pedagang Arab telah diambilalih oleh kuasa Eropah seperti Portugal.

5. Dari segi sosial – gaya hidup masyarakat tempatan terpengaruh orang Eropah, malah ada yang memeluk agama Kristian.

6. Perang berlaku antara orang tempatan dan kuasa Eropah contohnya Sepanyol berperang dan menakluk tamadun Aztec di Maxico dan tamadun Inca di Peru.

7. Penjajah telah menguasai emas dan perak contohnya di Amerika Latin, mereka turut mengekspotasi buruh peribumi di lombong dan ladang.

8. Di timur, Sepanyol menguasai Filipina dan Portugal menguasai Melaka dan Goa.

( 3 ) Revolusi Pertanian.



a) Perkembangan pertanian sebelum Revolusi Pertanian.
1. Pengeluaran makanan secara kecil – kecilan.

2. Dua sistem pemilikan tanah iaitu tanah persendirian dan tanah awam.

3. Tanah persendirian adalah milik orang kaya.

4. Tanah awam juga milik persendirian tetapi mengikut adat kebiasaannya rakyatboleh bercucuk tanam kecil – kecilan, menternak, memburu atau memancing, amalan ini tidak dianggap salah sehinggalah zaman Revolusi Pertanian.

b) Pengenalan Akta Pemagaran ketika Revolusi Pertanian.
1. Pemagaran penting untuk tujuan pengeluaran makanan secara besar – besaran kerana pertambahan penduduk.

2. Tuan tanah ingin menjalankan pertanian secara besar – besaran termasuk menggunakan tanah awam.

3. Harga gandum yang meningkat menarik minat tuan tanah menbuka ladang.

4. Pengenalan akta pemagaran menyediakan kawasan yang sangat luas untuk membuka ladang.

5. Kesan pemagaran rakyar biasa hilang punca rezeki dan terpaksa menjadi buruh ladang dan kemudiannya ke bandar bekerja kilang Revolusi Industri.

c) Kaedah dan ciptaan ketika Revolusi Pertanian.
1. Penanaman bergilir – peladang menanam tanaman berbeza mengikut musim sepanjang tahun. Ini bertujuan agar tanah dan tanaman sentiasa subur kerana setiap tanaman menggunakan nutrien tanah berbeza. Maka tidak ada tanah yang dibiarkan kosong.

2. Tanaman baru – seperti turnip dan ubi kentang.

3. Peralatan baru – seperti Jethro Tull mencipta alat menggali dan menugal untuk mempercepatkan penanaman benih.

4. Pertanian komensial – kuantiti hasil dipertingkatkan dengan pengenalan baja asli yang menyuburkan tanah. Hasil pertanian untuk tujuan perdagangan.

( 4 ) Revolusi Perindustrian.



a) Sumbangan Revolusi Pertanian kepada Revolusi Perindustrian.
1. Revolusi Pertanian telah menyediakan modal dalam Revolusi Perindustrian.

2. Makanan pula mencukupi untuk menampung permintaan pekerja kilang.

3. Britain tidak bergantung kepada import makanan luar, maka dana import dapat digunakan untuk pelaburan industri.



b) Rekaan sains dan teknologi Revolusi Perindustrian.
1. James Watt – membaikienjin rekaan Thomas Newcomen.

2. James Watt & Boulton – mengeluarkan enjin berkuasa wap.

3. R.Arkwright – mencipta alat pemintal benang menggunakan enjin berkuasa wap.

4. J. Hargreaves – mencipta mesin pemintal benang.

5. Produk sebelum Revolusi Perindustrian secara kecil – kecilan menggunakan tenaga manusia kemudian produk bertambah ketika Revolusi Industri kerana adanya rekaan sains.

c) Pengkhususan pengeluaran Revolusi Perindustrian.



1. Pengkhususan dibuat kerana pemodal ingin mengawal kos.

2. Majikan dan pekerja kian mahir dalam bidang yang dipilih.

3. Kesannya kuantiti dan kualiti barang meningkat sehingga boleh dipasarkan ke luar Britain.

d) Penggunaan teknologi ketika Revolusi Perindustrian.



1. Sebelum pengenalan enjin berkuasa wap – tenaga manusia, binatang dan air digunakan.

2. Pengenalan mesin berkuasa wap menghasilkan barangan yang banyak dan murah serta mudah ke pasaran luar.

3. Kemasukan ke pasaran antarabangsa akan menguntungkan usahawan, keuntungan ini akan digunakan untuk mempertingkatkan lagi pengeluaran dan perdagangan.

4. Penghasilan tenaga wap melalui proses pembakaran arang batu, Britain amat beruntung kerana mempunyai arang batu yang banyak.

5. Newcomen telah mencipta mesin berkuasa wap yang memudahkan perlombongan arang batu.

6. Kuasa wap daripada arang batu juga digunakan dalam sistem pengangkutan seperti kereta api dan kapal laut.

( 5 ) Kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian.
a) Pertanian sebagai punca ekonomi.
1. Wujud pertanian komensial – gandum, rye, jagung.

2. Peladang menjadi pedagang antarabangsa dengan mengeksport hasil lebihan ke luar negara.

3. Revolusi pertanian menyediakan makanan kepada buruh kilang industri.

4. Kemajuan perindustrian menyebabkan petani menjadi buruh kilang dan pengusaha kilang menjadi tokoh ekonomi menggantikan pengusaha ladang.

b) Peningkatan perdagangan antarabangsa.
1. Britain amat mudah memperdagangkan lebihan hasil pertanian dan industrinya kerana mereka penjajah.

2. Britain juga memerlukan bahan mentah untuk mengembangkan perindustriannya daripada tanah jajahan seperti getah, bijih timah.

3. Britain turut mengembangkan kapal laut untuk berdagang.

4. Britain juga mengeksport modal ke seberang laut.

c) Kenjuan pengangkutan.
1. Pada mulanya Britain menggunakan kereta kuda dan baj.

2. Kemudian jalan raya dibina dan kereta api dipekenalkan.

3. Pada mulanya rel kereta api diperbuat daripada kayu kemudian daripada besi dan keluli.

4. Pengangkutan laut pula melibatkan pengenalan kapal laut berkuasa wap.

d) Kemunculan golongan buruh dan majikan.
1. Ekonomi skala besar menyebabkan munculnya golongan buruh ladang dan kilang.

2. Penggunaan mesin memerlukan kilang seperti kilang tekstil.

3. Peringkat awal Revolusi Pertanian dan Perindustrian para buruh tidak dilayan dengan baik.

4. Kemahiran mereka juga tidak diperlukan selepas penciptaan mesin baru seperti ciptaan mesin membuat stokin, pakaian, yang menyebabkan penenun dan tukang jahit tradisional tidak diperlukan.

5. Pekerja mahir ( penenun dan tukang jahit ) memprotes dan memusnahkan mesin – mesin, contohnya Pergerakan Luddite.

6. Akta Antipenggabungan diperkenalkan untuk melarang pekerja bergabung bagi mendapatkan gaji dan layanan baik daripada majikan.

7. Larangan ini menyukarkan pekerja kerana tidak semua majikan bertimbang rasa kepada pekerja.

8. Kanak – kanak bawah usia 10 tahun pada masa ini dieksploitasi bekerja sebagai pelombong arang batu dan di kilang tekstil. Masa bekerja mereka pula lebih 10 jam sehari.

9. Pada masa ini amalan ekonomi bebas amat berpengaruh, bagi mereka gaji pekerja ditentukan oleh pasaran dan campur tangan kerajaan perlu dihindarkan.

10. Tetapi kemudiannya akta antipenggabungan telah dimansuhkan dan kesatuan sekerja ditubuhkan.

11. Akta baru diluluskan untuk membela nasib pekerja.

( 6 ) Imperialis barat di Asia.
a) Latar belakang kemunculan Zaman Imperialis.
1. Imperialis bererti penguasaan negara lebih kuat terhadap negara lain yang lemah.

2. Penguasaan ini bertujuan mendapatkan keuntungan ekonomi dan politik, ia dilakukan sejak Zaman Rom, kemudian Sepanyol, Portugal.

3. Pada awalnya barat berminat dengan hasil dagang seperti rempah, emas dan perak.

4. Kemudiannya ekonomi negara jajahan distrukturkan untuk memenuhi kehendak ekonomi penjajah.

5. Selepas itu, penjajah seperti Britain dan Belanda mengubah ekonomi negara jajahan agar memenuhi keperluan perindustrian di negara mereka seperti tanaman getah.

b) Faktor kedatangan kuasa barat menjajah Asia.
1. Mereka ingin mendapatkan bahan mentah seperti getah.

2. Mereka menjajah untuk mendapatkan pasaran barang perindustrian mereka.

3. Pengangkutan jalan raya, kereta api dan kapal wap mempercepatkan perjalanan dan membantu kedatangan kuasa barat menjajah Asia.

4. Apabila negara barat dan Amerika Syarikat melindungi industrinya dengan memperkenalkan peraturan tariff maka Britain tambah terdesak mencari pasaran baru di Asia.

5. Barat ke Asia juga kerana faktor menyebarkan tamadun mereka yang dianggap tinggi.

6. Mereka turut menyebarkan budaya dan agama Kristian.

7. Barat juga berebut – rebut sesama mereka menjajah negara Asia kerana menjajah telah menjadi simbol status kuasa yang kuat.

c) Kesan imperialisme terhadap Asia Tenggara.
1. Politik – pemerintah tempatan terpaksa menerima penasihat dan pentadbir barat. Sistem politik peribumi ditukar atau diubahsuai dengan sistem barat. Kuasa barat telah campur tangan di Asia seperti Inggeris di Tanah Melayu, India, Belanda di Indonesia, Amerika di Filipina.

2. Ekonomi – ekonomi distrukturkan untuk keperluan industri barat contoh bijih timah dan getah di Tanah Melayu.

3. Pendidikan – sistem pendidikan Inggeris diperkenalkan di bandar dan untuk mereka yang akan menjadi pentadbir rendah British.

4. Krmasukan buruh asing – barat menjemput masuk buruh asing bekerja dengan mereka. Kesannya wujud pelbagai kaum yang berpecah belah dan tidak wujud keharmonian antara kaum.
< >

BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT

BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT

( 1 ) Pengaruh Islam terhadap politik.
a) Pentadbiran.
1. Sebelum Islam institusi raja dipengaruhi konsep dewa – raja ( tradisi Hindu – Buddha ).

2. Kedatangan Islam membawa konsep Zillullah fil – alam dan Zillullah fi – ardh yang bermaksud bayangan Allah di muka Bumi. Bermakna pengesahan kewibawaan raja berlandaskan Islam di beri kepada raja.

3. Konsep Khalifatul Mukminin pula bermakna pemimpin orang mukmin, gelaran ini digunakan oleh Sultan Mahmud Syah Melaka dan Sultan Abdul Ghaffur Pahang.

4. Dalam tradisi Hindu Buddha raja dinasabkan kepada keturunan dewa, pada zaman Islam sultan dinasabkan kepada tokoh Islam seperti Iskandar Zulkarnain.

5. Zaman Islam sultan masih kuasa tertinggi, tetapi sistem pewarisan masih diteruskan.

6. Sultan dibantu oleh pembesar 4 ( bendahara, termenggong, penghulu bendahari dan laksamana ).

7. Sultan juga mendapat nasihat daripada ulama seperti Sayid Abdul Aziz di Melaka.

8. Adat Perpatih – sistem ini diamalkan di Negeri Sembilan, kuasa tertinggi terletak di tangan Yang – dipertuan Besar.

9. Konsep daulat telah mengukuhkan kuasa sultan – konsep ini tidak bertulis tetapi dipercayai kebenarannya sehingga menaikkan penghormatan rakyat kepada sultan.

10. Daulat diperkukuhkan lagi dengan adat istiadat seperti pakaian, tingkahlaku, bahasa contohnya istiadat pertabalan.

b) Perundangan.
1. Terbahagi 2 iaitu undang – undang bertulis dan tidak bertulis.

2. Undang – undang bertulis ialah peraturan atau hokum dalam sebuah masyarakat.

3. Undang – undang tidak bertulis dikenali juga sebagai adat speerti adat Pepatih dan adat Temenggong.

4. Raja selalunya dikecualikan daripada undang – undang secara praktiknya.

Adat Perpatih :

Dijalankan di Negeri Sembilan dan Naning, Melaka.
Menyelesaikan masalah secara musyawarah yang dihadiri oleh 12 suku (keluarga besar).
Tidak membenarkan perkahwinan sama suku.
Setiap suku ini pula mempunyai ketua iaitu Lembaga.
Perlantikan ketua secara demokrasi dari peringkat bawah iaitu Anak Buah memilih Buapak memilih Lembaga memilih Undang memilih Yang Dipertuan Besar.
Diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang dari Pagar Ruyung, Sumatera.
Bersifat matrilineal iaitu mengutamakan jurai keturunan ibu.
Anakperepmuan diberi hak mewarisi harta.
Adat Temenggong:

Di jalankan di Tanah Melayu selain negeri Sembilan, naming.
Berasaskan sistem perilineal, yang mementingkan keturunan lelaki.
Anak lelaki diutamakan dalam pembahagian pusaka (bertepatan denga hukum faraid Islam).
Diasakan oleh Datuk ketumanggungan dari Palembang.
Pada mulanya adat ini dipengaruhi ajaran Hindu, kemudian disesuaikan dengan ajaran Islam mazhab Shafie.
Perundangan sebelum Islam – tradisi Hindu Buddha:

Tradisi Hindu Buddha disesuai dengan budaya temaptan.
Tradisi Hindu berpegang kepada Hukum Kanun Manu yang membezakan hukuman berdasarkan kelas.
Perundangan selepas Islam:

Undang – undang Islam di negeri –negeri Melayu wujud sebelum kedatangan pengaruh British.
Kehadiran Islam memperkembangkan undang – undang bertulis seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang Pahang, Kedah, Perak, Johor.
Hukum Kanun Melaka :

Menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar.
Pantang larang anggota masyarakat.
Hukuman jenayah.
Undang – undang keluarga.
Permasalahan ibadah.
Undang – undang Laut Melaka :

Nakhoda (kapten) dalam kapal diertikan sebagai imam dan anak buah kapal sebagai makmum.
Undang – undang Pelabuahn di negeri Kedah mempunyai peranan yang sama dengan Undang – undang Laut Melaka.
(2) Pengaruh Islam terhadap sosiobudaya
a) Pendidikan tidak formal.
1. Pendidikan tidak formal terawal melalui asuhan keluarga.

2. Penekanannya ialah nilai moral, pembelajaran melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.

3. Kanak-kanak mempelajari kemahiran ibu bapa seperti pertanian, perikanan, kraftangan, pertukangan.

4. Ibu bapa turut mengajar hal agama, adat, sopan santun.

5. Niali murni diterap melalui cerita lisan seperti cerita binatang dan jenaka yang memberi teladan dan pengajaran.

6. Pantang-larang dan adat dipelajari melalui pergaulan sosial seperti tunduk apabila lalu di hadapan orang tua.

7. Pendidikan juga dilakukan melalui pantun, teka teki, peribahasa.

b) Pendidikan formal.
1. Pendidikan formal berkaitan keagamaan di rumah, istana, masjid, surau, madrasah dan pondok.

2. Di rumah tok guru, pendidikan al-Quran diajar melibatkan anak – anak berusia 7 hingga 15 tahun.

3. Di istana, menurut Sejarah Melayu – pusat pengajian agama terdapat di istana Melaka. Sultan Mansur Syah telah menerima pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar. Ramai ulama menetap di Melaka antaranya orang Arab, Parsi, Gujerat, kerana pengaruh pemnerintah Melaka.

4. Kitab al-Dur al Manzum (kitab Tasawuf) – sangat terkenal di istana Melaka hingga ke istana kerajaan Johor.

5. Pengajaran buku hikayat seperti Hikayat Amir Hamzah turut disimpan di Istana Melaka.

6. Di istana juga mengajar ilmu politik dan pentadbiran negara.

7. Di masjid dan surau, kanak-kanak diajar ilmu tajwid, fikah dan bacaan sembahyang, orang dewasa pula belajar ilmu fikah, usuludin, hadis, tasawuf pada tahap lebih tinggi.

8. Pendidikan pondok pula, pengajiannya menyediakan pelajar yang bakal menjadi guru agama dan berkhidmat kepada masyarakat.

9. Pondok terkenal terdapat di Kelantan (Pondok Pulau Condong), Terengganu (Pondok Pulau Manis) dan Kedah (Pondok Titi Gajah).

10. Pelajar akan belajar sehingga 10 tahun sebelum tamat pengajiannya.

11. Sistem madrasah – diperkenalkan oleh Bani Saljuk di Iraq. Sistem ini berdasarkan sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara kelas.

12. Pendidikan madrasah ini mengikut tahap iaitu tahap permulaan, pertengahan, pengkhususan. Ia diawasi oleh Mudir (Guru Besar) dan diselia oleh sebuah lembaga.

c) Bahasa dan Kesusasteraan.
1. Sebelum lahirnya tulisan jawi telah wujud tulisan dalam sastera Melayu seperti tulisan Pallva, Kawi (Jawa kuno), Sunda, kuno, Batak dan Rencong.

2. Tulisan jawi hasil penyesuaian bahasa melayu dan tulisan Arab menjadi saluran pembacaan dan penulisan utama.

3. Istilah bahasa Melayu bertambah kesan pengaruh Bahasa Arab, seperti perkataan adat, hakim, hukum. Kemudiannya ditambah dengan istilah fikah, tauhid.

4. Kesusasteraan rakyat, disampaikan secara lisan seperti cerita asal-usul, binatang, jenaka, dongeng dan puisi seperti pantun, gurindam, dan seloka.

5. Hikayat berkaitan kisah Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat seperti Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Abu Bakar.

6. Bentuk puisi syair – Syair Dahulu Kala ( di Terengganu ).

7. Hikayat Saduran Arab Parsi – Hikayat Abu Nawas.

d) Kesenian.
1. Seni bermakna suatu yang indah pada penciptanya.

2. Keindahan ini dapat dilihat daripada seni halus, seni rupa, seni tekstil, seni tampak.

3. Seni zaman Hindu Buddha seperti seni candi, seni bina, seni arca di Lembah Bujang.

4. Zaman Islam – seni bina masjid terdapat ciri khas seperti mihrab, mimbar, telaga, bumbung, Masjid terkenal contohnya Masjid Kg. Laut Kelantan dan Masjid Tengkera Melaka.

5. Istana raja pula dilengkapi dengan balairung, tempat bersemayam, balai istiadat contohnya istana Melaka.

6. Rumah pula mempunyai seni ukiran tumbuhan, geometri.

7. Seni epigrafi ada pada batu bersurat dan batu nisan.

8. Seni khat atau kaligrafi digunakan sebagai hiasan di Masjid dan madrasah, batu nisan, tembikar atau mata wang.

9. Seni persembahan merangkumi tarian, muzik, nyanyian yang dipersembahkan dalam majlis perkahwinan, berkhatan dan upacara bersifat keagamaan.

10. Tarian pengaruh Arab seperti tarian dabus di Perak, tarian inang di istana Melaka, nazam.

11. Seni muzik pula seperti seni dikir diiringi rebana dan kompang, ghazal.

e) Gaya hidup.
1. Perubahan iatiadat pemerintah – dalam pertabalan raja kandungan bacaan ciri di mansuhkan, bacaan ikrar diteruskan kerana ia menyerupai baiah, perlantikan pengganti sultan sebelum istiadat pemakaman ditiru daripada kerajaan Bani Umaiyah.

2. Perubahan akhlak rakyat – ibu bapa amat dihormati, jiran dianggap seperti keluarga, panggilan pangkat diberi seperti Pak Long dan Mak Long, apabila orang muda bercakap dengan orang tua suara perlu rendah.

3. Adab berziarah – seseorang perlu memberi salam dan tuan rumah wajib menjawab salam, kemudian bersalaman. Kanak – kanak mencium tangan orang yang lebih tua, tetamu dilayan dan dihormati dengan hidangan makan minum, bacaan bismillah dimulakan untuk menjamu makan minum.

4. Majlis perkahwinan, berkhatan al – Quran diadakan mengikut Islam. Majlis seperti ini juga menekankan nilai gotong – royong, bekerjasama dan perpaduan.

( 3 ) Pengaruh Islam terhadap ekonomi.
a) Perdagangan.
1. Pengaruh perdagangan amat kuat kepada umat Islam kerana Nabi Muhammad s.a.w terlibat secara langsung dalam perdagangan ( memperdagangkan barang Khatijah ).

2. Melaka menjadi pusat dagang kerana strategik ( laluan timur dan barat turut melibatkan pedagang Islam ).

3. Pelabuhan Melaka mempunyai kemudahan yang lengkap.

4. Laksamana membantu menguruskan hal kelautan.

5. Syahbandar menjadi ketua perlabuhan.

6. Undang – undang Laut Melaka membantu menentukan tugas nakhoda, jurumudi.

7. Di Melaka amat ramai pedagang, dikatakan tidak kurang 84 bahasa dipertuturkan di Melaka.

8. Melaka turut memperkenalkan sistem timbang dan sukat seperti kati dan tahil yang dipertanggungjawabkan kepada Syahbandar.

9. Barangan yang dtimbang seperti emas, perak, dan rempah menggunakan dachim ( dacing ).

10. Kaedah yang digunakan ialah tukar barang dan jual beli.

11. Kejatuhan Melaka mengalih perkembangan perdagangan ke Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

b) Mata wang.
1. Sistem mata wang adalah alternatif kepada sistem tukar barang atau barter.

2. Mata wang asing juga digunakan di Melaka seperti mata wang Pasai, Hormuz dan Cambay. Mata wang ini boleh ditukar dengan mata wang tempatan.

3. Umumnya negeri Melayu menggunakan timah sebagai wang dan nama sultan serta tarikh Islam dicatat pada mata wang.

4. Di Johor wang timah dikenali sebagai wang katun yang mempunyai tulisan jawi atau Arab.

5. Mata wang timah Kedah berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin.

6. Mata wang emas Johor digunakan ketika Sultan Alaudin, wang emas Johor digelar kupang.

7. Mata wang emas Kelantan dikenali sebagai kijang.

8. Mata wang emas ini mencatatkan nama dan pangkat Sultan iaitu Khalifatul Muslimin.

9. Pedagang Arab menggunakan wang emas, tetapi pedagang Eropah menggunakan wang perak.

c) Percukaian.
1. Cukai ialah bayaran yang dikenakan oleh pemerintah terhadap aktiviti tertentu atau barang tertentu.

2. Di Melaka, cukai dibayar oleh pedagang sebelum memulakan perniagaan.

3. Cukai paling asas ialah cukai tetap (cukai import) – contohnya pedagang dari India dan Arab (6% daripada jumlah barang ), Jepun dan China (5%).

4. Barang yang tidak dikenakan cukai ialah beras, makanan.

5. Setelah cukai dibayar, mereka boleh berniaga di bazaar – bazaar di sepanjang Sungai Melaka.

6. Orang asing yang menetap di Melaka juga dikenakan cukai, contohnya orang asing Kepulauan Melayu (cukai diraja 3%) dan orang asing lain (cukai diraja 6%).

7. Amalan riba dikalangan orang Islam tidak dibenarkan di negeri melayu. Penegasan tentang riba ini dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka.

8. Walau bagaimanapun golongan ceti yang memberi pinjaman dibenarkan menjalankan aktiviti riba mereka.

9. Orang Islam yang berkemampuan dikenakan zakat harta.

10. Wang zakat disimpan oleh Baitulmal yang menyelenggarakan harta kerajaan, wang Baitulmal digunakan untuk pembangunan negara dan masyarakat.
< >

BAB 7 : ISLAM DI ASIA TENGGARA

BAB 7 : ISLAM DI ASIA TENGGARA

( 1 ) Kedatangan Islam di Asia Tenggara.

a) Latar belakang kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
1. Sebelum kemunculan Islam Di Makkah – Asia Tenggara telah menjadi pusat perdagangan utama pedagang Melayu, Arab, China, India.

2. Asia Tenggara kaya dengan hasil hutan,pertanian, logam yang diperlukan pedagang barat dn timur.

3. Apabila Islam berkembang di Makkah, pedagang Islam terus berdagang dan berdakwah di Asia Tenggara.

b) Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari Arab.


1. Dikemukakan oleh John Crawford disokong oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas.

2. Menurut John Crawford – Islam datang dari Arab melalui pedagang.

3. Buktinya catatan China mengatakan orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan di Canton sejak tahun 300 M. Pedagang Arab yang ke China singgah di pelabuhan Asia Tenggara khasnya di Selat Melaka kerana kedudukannya strategik.

4. Pedagang Arab ini tinggal beberapa bulan di Asia Tenggara dan ada yang menetap serta membina perkampungan Arab.

5. Perkampungan ini juga menjadi tapak untuk berdagang.

6. Ada juga pedagang Arab yang berkahwin dengan wanita tempatan dan menyebarkan Islam.

7. Masa menunggu angin monsun pula digunakan oleh pedagang Arab untuk mengembangkan Islam.

8. Penduduk tempatan juga turut terpikat dengan kejujuran dan menjaga kebersihan para pedagang Islam.

9. Menurut catatan China – wujud petempatan Arab di Sumatera Utara iaitu di Ta Shih.

10. Menurut Syed Naquib – wujud persamaan penulisan dan kesusasteraan Asia Tenggara dan Arab, perkataan jawi diambil daripada bahasa Arab, budaya dan muzik pengaruh arab dabus dan tarian Zapin.

11. Menurut Syed Naquib, banyak karya tempatan menceritakan pengislaman raja tempatan oleh syeikh dari Tanah Arab contohnya hikayat Raja-raja Pasai mengatakan Raja Malik diislamkan oleh ahli sufi dari Arab iaitu Syeikh Ismail.

c) Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari China.


1. Dikemukakan oleh E.G Eredia dan S.Q. Fatimi.

2. Menurut Eredia, Canton pernah menjadi pusat perniagaan pedaganf Arab hingga pedagang China memeluk Islam.

3. Pedagang China Islam ini kemudiannya berdagang di Asia tenggara disamping menyebarkan Islam.

4. Menurut Fatimi pula, pedagang China Canton pernah berpindah beramai –ramai ke Asia Tenggara.

5. Bukti kedatangan Islam dari China ini boleh dilihat pada Batu Bersurat Terengganu, batu nisan yang mempunyai ayat al-Quran di Pekan, Pahang.

6. Wujud persamaan antara seni bina China dengan seni bina masjid di Kelantan, Melaka dan Jawa seperti bumbung pagoda, atap genting China.

d) Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari India.

1. Dikemukakan oleh S.Hurgronje – Islam datang dari Gujerat dan pantai Koromandel.

2. Hubungan dagang dengan India telah wujud lama – memberi peluang pedagang Islam India menyebarkan Islam.

3. Terdapat batu marmar pada batu nisan mempunyai cirri buatan India – contohnya di batu nisan Raja Malik Pasai.

4. Unsur budaya India amat rapat sejak sebelum Islam – budaya Hindu.

(2) Cara – cara kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
a) Perdagangan.
1. Pedagang dari Arab, China dan India telah lama menjalin hubungan di pelabuahn Asia Tenggara seperti di Selat Melaka, Kepulauan Rempah.

2. Sikap dan tingkahlaku baik pedagang Islam ini menjadi ikutan penduduk setempat.

3. Setengah pedagang luar ini membawa ulama bersama mereka untuk berdakwah di pelabuhan.

4. Sifat mahmudah (sopan-santun, ikhlas, lemah-lembut) pedagang Islam menarik minat orang tempatan.

5. Pedagang Islam juga mempunyai hubungan baik dengan pemerintah tempatan hingga diberi keistimewaan. Ada diantara mereka dianugerah jawtan syahbandar , syahbandar inilah yang turut menyebarkan Islam.

b) Perkahwinan.
1. Perkahwinan siasah – berlaku di kalangan kerabar diraja. Di Melaka, Sultan Mansur Syah dan Muzafar Syah mengahwinkan puteri mereka dengan Raja Siak, Kampar, Jambi. Kemudiannya negeri ini akan diislamkan oleh Melaka.

2. Perkahwinan biasa – berlaku antara ulama atau pedagang Islam dari India atau Arab dengan orang tempatan. Maka islam tersebar dikalangan keluarga dan masyarakat orang yang dikahwini itu.

c) Pengislaman raja dan golongan bangsawan.
1. Apabila raja memeluk Islam, ia akan diikuti oleh rakyat kerana mereka sangat taat kepada raja.

2. Pengislaman Megat Iskandar Syah Melaka contohnya, diikuti oleh pengislaman keluarga diraja, pembesar dan rakyat Melaka.

3. Di Pasai pengislaman Raja Malik menjadkan Sialm cepat berkembang dan Pasai menjadi kerajaan yang kuat.

d) Kelahiran kerajaan Islam.
1. Kerajaan Islam terawal – kerajaan Perlak, Samudera-Pasai.

2. Melaka – Tun Perak memperluaskan kuasa dan kemudiannya mengislamkan kawasan seperti Aru, Rokan, Siak.

3. Johor-Riau – kerajaan ini berusaha menawan semula Melaka bagi mengelakkan Portugis yang menawan Melaka menjadi pusat penyebaran agama Kristian di alam Melayu.

4. Demak – selepas menawan Majapahit, kerajaan ini telah menyebarkan Islam ke seluruh Jawa. Usaha ini diikuti juga oleh kerajaan Islam di Jawa seperti Pajang dan Mataram.

5. Acheh – Sultan Iskandar Muda menjadikan Acheh kerajaan yang kaut dan penyekat penyebaran agama Kristian. Acheh menaungi negeri – negeri kecil di Sumatera Utara dan menawan beberapa negeri di Tanah Melayu untuk menghalang penyebaran Kristian. Kerajaan ini digelar Serambi Makkah kerana orang Islam Asa Tenggara yang ingin menunaikan haji ke Makkah akan singgah di sini dahulu.

6. Pattani – Raja Phaya Sultan Mahmud Syah. Ramai pedagang dan pendakwah Arab dan Parsi datang ke sini. Penyebaran ke seluruh Pattani dilakukan oleh Sultan Mudzaffar Syah.

7. Brunei – Catatan China mengatakan Brunei ( pusat perdagangan Borneo ) pernah menghantar pembesarnya Pu Ali ke China. Pendakwah iaitu Syariff Ali ( dikatakan keturunan Nabi Muhammad s.a.w ) pernah menyebarkan Islam di sini. Kesan pengislaman Brunei wilayah sekitar seperti Sulu dan Mindanao turut diislamkan.

8. Champa – bukti kedatangan Islam ke sini ada pada batu nisan dan prasasti yang mencatatkan ayarat pembayaran cukai dan hutang.

e) Peranan pusat kebudayaan.
1. Pusat kebudayaan bertindak sebagai pusat keilmuan dan penyebaran Islam seperti di Perak, Riau, Acheh. Di sini ramai cerdik pandai dan banyak institusi pendidikan.

2. Samudera –Pasai – menjadi pusat penterjemahan di Kepulauan Melayu, kitab Arab, telah diterjemah ke bahasa Melayu. Sultan Mansur Melaka pernah mengirim kitab al – Dur al- Manzum untuk diterjemah di sini. Sultan Mahmud Melaka pula pernah merujuk masalah agama kepada pakar di sini.

3. Melaka – banyak karya sastera pengaruh Arab ditulis seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Nabi Bercukur.

4. Acheh – syair dihasilkan untuk menghayati Islam seperti Hamzah al – Fansuri, Abdul Rauf Singkel.

5. Johor-Riau – hasil sastera yang ditulis seperti Tuhfat al-Nasif dan Peringatan Sejarah Johor.

f) Peranan Mubaligh.
1. Mubaligh atau pendakwah, ulama, ahli sufi berperanan secara langsung menyebarkan Islam.

2. Mubaligh terawal seperti Syeikh Ismail, Fakir Muhammad.

3. Di Pasai – Syarif Amir, di Melaka – Syeikh Abdul Aziz.

4. Mubaligh berperibadi jujur dan lemah lembut dalam menyebarkan Islam.

5. Di Melaka – ulama mengajar pada mulanya secara tidak formal, kemudian secara formal. Tempat mengajar di masjid, istana, rumah. Kemudiannya di pondok, pesantren.

6. Di Acheh – pondik dikenali sebagai dayah, muncul ulama tempatan seperti Hamzah al-Fansuri. Ulama di sini menjadi penasihat raja.

7. Di Jawa – Wali Songo menjadikan Demak sebagai pusat pegerakan dakwah Islamiah. Mereka membina Masjid Agung Demak yang menjadi markas dakwah Islamiah.

g) Keistimewaan Islam.
1. Kemurnian Islam merangkumi semua bidang termasuk konsep Tuhan Yang Maha Esa, keadilan, hak individu dan masyarkat dan kebahagiaan hidup dunia akhirat.

2. Agama Islam menuntut manusia berfikir secara rasional dan mudah diterima penduduk Asia Tenggara.

(3) Pengaruh Islam di Asia Tenggara.
a) Pemerintahan dan pentadbiran
1. Institusi beraja diubahsuai menjadi institusi kesultanan (warisan kerajaan Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah).

2. Sultan menjadi ketua negara, mufti menjadi penasihat sultan. Wujud juga pegawai seperti kadi, khatib, bilal.

3. Gelaran sultan meletakkan raja setaraf dengan kerajaan Islam yang lain.

4. Dalam Hukum Kanun Melaka – raja digelar Khalifatul Mukminin (pemimpim orang mukmin), perkataan ini tercatat dalam wang syiling kerajaan melayu.

5. Gelaran Zillulah fil’Alam (bayangan Allah di dalam alam) turut digunakan oleh raja Melaka.

6. Islam menjadi agama rasmi – kerajaan Melaka, Acheh.

7. Contoh sultan yang berpegang teguh kepada Islam – Sultan Malik (Samudera Pasai), Sultan Iskandar Thani (Acheh).

8. Nama nama Islam digunakan seperti Acheh Darus Salam (negeri), Sultan Mahmud Syah beerti sultan terpuji.

9. Undang – undang syariah yang diperkenalkan seperti kes jenayah, harta pusaka. Ia termaktub dalam Hukum Kanun Melaka di Melaka dan Kanun Mahkota Alam di Belanda.

10. Semangat jihad menentang penjajah telah diterapkan – contohnya di Acheh menetang Portugis, di Jawa menentang Portugis dan Belanda.

11. Semanagat jihad ini disebarkan melalui tulisan ulama seperti Syeikh Nurudin dan Abdul Rauf Singkel.

12. Di Pattani Syeikh Daud menulis tentang penentangan terhadap Siam.

b) Sistem pendidikan.
1. Sebelum Islam pendidikan hanya untuk bangsawan.

2. Dalam Islam pendidikan wajib kepada semua orang Islam.

3. Kesannya wujud institusi formal seperti pondok, istana, pesantren, madrasah dan surau.

4. Pusat pendidikan terawal di Perlak disebut dayah atau pondik, contohnya Dayah Bukit Ce Breek, Perlak.

5. Samudera-Pasai menjadi pusat penterjemahan karya agama.

6. Pendidikan pondik berkembang ke Pattani, Acheh, Jawa.

7. Di Patani – penuntut pondok termasuk pelajar negeri lain.

8. Di Melaka – tiada pondok, pelajar menuntut di rumah ulama, masjid, surau dan istana.

9. Di Acheh – sistem pendidikan lebih sistematik, terdapat peringkat rendah (rangkang), menengah (muenasah) dan tinggi atau univesiti (Jamiah Bait al-Rahman). Pelajarnya meliputi pelajar luar Acheh. Di Acheh wanita digalakkan belajar di dayah dan memegang jawatan pentadbiran.

c) Bahasa dan kesusteraan.
1. Tulisan jawi berasal darpadatulisan Arab (al-Quran) yang diubahsuai dengan perkataan Melayu.

2. Tulisan ini menjadi tulisan rasmi menggantikan tulisan Palava Dewanagari ( tulisan zaman Hindu Buddha ).

3. Istilah Arab digunakan dalam tulisan jawi bahasa Melayu seperti sultan, syuur, masjid, alam.

4. Melalui tulisan jawi lahir penulis seperti Tun Sri Lanang.

5. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa lingua – franca di Kepulauan Melayu, ia menjadi bahasa pedagang timur dan barat.

6. Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu – seperti cerita panji, sastera pengaruh Arab, sastera seperti syair, guridam.

d) Cara hidup.
1. Sebelum Islam – cara hidup Anismisme, Hindu dan Buddha.

2. Kedatangan Islam maka cara hidup Islam diasimilasikan seperti bertudung dan bersongkok.

3. Islam dijadikan ‘ad – din ‘ iaitu cara hidup lengkap dan menyeluruh.

4. Kedatangan Islam turut mengubah sistem sosial seperti konsep persaudaraan, persamaan, tolong – menolong dan gotong – royong.

e) Kesenian.
1. Kesenian Islam contohnya seni khat, seni bina, seni ukir.

2. Seni khat ada pada batu nisan ( tulisan ayat al – Quran ), ukiran kayu, bilah mata keris, batu bersurat ( Terengganu ).

3. Makam di Pasai mempunyai pengaruh Parsi ( syair Parsi ).

4. Terdapat juga seni khat yang bertatahkan emas, perak.

5. Unsur seni kaligrafi turut mengambil contoh huruf Arab, ayat al – Quran dan tulisan jawi.

6. Seni Islam ini juga dicantumkan dengan unsure tumbuhan.

7. Pengaruh seni bina Islam boleh juga dilihat pada bentuk masjid, kubah, mimbar, mihrab dan menara azan seperti masjid Ubaidiyah Kuala Kangsar.

f) Ekonomi.
1. Baitulmal diperkenalkan di Acheh oleh Sultan Iskandar Muda yang berfungsi sebagai perbendaharaan negara ( hasilnya diperoleh daripada zakat dan sedekah ).

2. Islam menggalakkan umatnya mencari rezeki halal dan melarang mengemis.

3. Berdagang ekonomi yang halal digalakkan.

4. Perkara dilarang seperti riba, penindasan.

5. Islam juga menyarankan sikap berjimat cermat.
< >

BAB 6 :PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA.

BAB 6 :PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA.

( 1) Perlaksanaan sistem khalifah Islam.
a) Apakah maksud konsep khalifah.
1. Khalifah dalam bahasa Arab bererti penganti. Dalam konteks tersebut peganti Nabi Muhammad s.a.w. akan memerintah dan mentadbir kerajaan Islam.

2. Khalifah dalam kontek agama bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian Islam dan mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam.

b) Apakah syarat pemilihan khalifah.
1. Lelaki merdeka beragama Islam.

2. Memiliki pengetahuan tentang Islam.

3. Mematuhi perintah Allah dan melaksanakan hukum Allah.

4. Adil dan berakhlak baik.

5. Tubuh sihat, sempurna, cergas fikiran, warak.

6. Pandai mentadbir kerajaan Islam.

c) Bagaimanakah cara pemilihan khalifah.
1. Pertama, musyawarah atau syura – perlantikan Saidina Abu Bakar atas cadangan Saidina Umar dipersetujui ramai.

2. Kedua, cadangan nama dari khalifah terdahulu sebelum wafat – Saidina Umar mencadangkan Saidina Abu Bakar sebelum wafat.

3. Ketiga, pemilihan dari beberapa calon – 6 orang nama diusulkan dan Saidina Uthman terpilih.

4. Keempat, pencalonan sekolompok masyarakat – Saidina Ali telah terpilih.

5. Keempat – empat cara ini tetap melalui musyawarah/syura.

6. Khalifah ini perlu mengangkat sumpahatau lafaz taat setia iaitu baiah semasa perlantikan menjadi khalifah.

7. Syura bermaksud permuafakatan atau consensus.

d) Apakah tugas khalifah.
1. Memelihara keduduk agama Islam.

2. Mentadbir negara mengikut hukum syariah berpandukan al – Quran dan sunnah.

3. Menitik beratkan sistem politik, sosial dan ekonomi.

4. Mempertahankan negara dari ancaman musuh.

5. Melantik dan melucut pegawai pentadbiran negara.

6. Menjaga kebajikan rakyat agar bahagia dunia akhirat.

7. Meneruskan ajaran Allah yang disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w.

8. Mengekalkan perpaduan ummah melalui musyawarah.

9. Menguruskan kewangan, perbendaraan, kharaj, jizyah, zakat.

( 2 ) Sumbangan Khulafa al – Rasyidin.
a) Apakah sumbangan Khalifah Abu Bakar al –siddiq.
1. Digelar al – Siddiq bermaksud yang membenarkan kerana beliau sentiasa yakin kebenaran kata – kata nabi.

2. Sifatnya ikhlas, jujur dan setia pada baginda.

3. Saidina Abu Bakar dicadangkan oleh Saidina Umar.

4. Beliau berjasa menghapuskan orang Islam yang murtad dan tidak mahu membayar zakat.

5. Mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom Timur.

6. Membahagikan Tanah Arab kepada 10 wilayah antaranya Makkah, Taif, Yaman, dan melantik Amir mentadbirnya.

7. Memperkenalkan bayaran gaji tentera, undang – undang tanah, hak golongan mawali.

8. Memerintahkan Zaid b. Thabit mengumpulkan tulisan al – Quran pada batu, kayu, kulit binatang kerana ramai orang hafiz al – Quran syahid, salinan al – Quran ini disimpan oleh Saidina Umar, Hafsah, (isteri nabi ) dan Saidina Uthman.

9. Khalifah Abu Bakar digelar penyelamat umat Islam.

b) Apakah sumbangan Khalifah Umar al – Khattab.
1. Bersifat berani, tegas, berterus – terang.

2. Pelantikannya hasil cadangan Abu Bakar ketika sakit.

3. Dianggap zaman keemasan Kerajaan Islam Madinah.

4. Pembaharuan politik – Mengamalkan dasar pentadbiran dan melantik pegawai, menubuhkan majlis syura ( dianggotai wakil mujhirin dan Ansar ), membahagikan jajahan Islam kepada wilayah dan melantik wali ( gabenor).

5. Penubuhan jabatan – Jabatan tentera, polis, percukaian. Setiap jabatan diketuai oleh katib ( setiausaha).

6. Jabatan Kehakiman – dilantik hakim bergaji bulanan.

7. Sosial – pendidikan al – Quran di Masjid, menghantar guru agama ke wilayah ( Abu Sufyan ) dihantar ke Badwi).

8. Kalendar – tahun hijrah menjadi tahun pengiraan Islam.

9. Tentera – tentera tetap dan sukarela, bergaji, berpakaian seragam, markas tentera dibina seperti di Madinah, Kufah.

10. Terusan dan tali air – menambah hasil pertanian seperti Terusan Amirul Mukminin di Mesir.

11. Rakyat digalakkan meneroka tanah dan mengusahakan tanah terbiar.

12. Pengenalan cukai – cukai jizyah dikenakan kepada Zimmi (bukan Islam yang yang rela diperintah kerajaan Islam), cukai kharaj berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah seperti tanaman gandum, barli, anggur.

13. Baitulmal ditubuhkan untuk mengawal pendapatan negara.

14. Digelar Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.

c) Apakah sumbangan Khalifah Uthman bin Affan.
1. Seorang hartawan yang dermawan, lemah lembut tolak ansur, bersimpati.

2. Digelar Zun Nurain (menpunyai 2 cahaya) kerana pernah mengahwini 2 orang puteri Rasulullah selepas salah seorang daripadanya meninggal dunia.

3. Dilantik daripada 6 cadangan calon, undi sama banyak diterima Uthman dan Ali. Tinjauan persetujuan orang ramai memilih Saidina Uthman menjadi khalifah.

4. Dari segi politik – meluaskan empayar seperti ke Cyprus, Afghanistan, Tripoli dan khalifah pertama membina angkatan tentera laut Islam.

5. Mengisyitiharkan naskah al-Quran Mushaf Uthmani.

6. Membina jambatan, jalan raya rumah rehat pengembara.

7. Baitulmal digunakan untuk mengukuhkan tentera laut Islam – membeli senjata dan kapal.

8. Jizyah dikekalkan – antara sumber pendapatan baitulmal.

d) Apakah sumbangan Khalifah Ali bin Abu Talib.
1. Seorang yang berani, pahlawan, berpengetahuan luas tentang perundangan Islam.

2. Dilantik hasil persetujuan sokongan suara terbanyak.

3. Banyak menyelesaikan masalah berhubung masyarakat dan perundangan Islam.

4. Menghentikan Perang Siffin bila musuh mengangkat al-Quran dan menjalankan rundingan.

5. Membina markas tentera di Parsi dan Syria.

6. Meneruskan cukai jizyah kepada Zimmi.

(3) Kerajaan Bani Umaiyah
a) Latar belakang kemunculan kerajaan Bani Umaiyah.
1. Nama kerajaan ini diambil sempena nama keturunan Bani Umaiyah iaitu Umaiyah b. Abdu Shams (peniaga terkenal).

2. Diasaskan oleh Muawiyah b. Abu Sufyan, selepas peristiwa penyerahan kuasa daripada Saidina Hassan b. Ali untuk menggelakkan perpecahan umat Islam.

3. Tahap 1- pemerintahan berpusat di Damsyik. Menggunakan geralan khalifah, diasakan oleh Khalifah Muawiyah.

4. Tahap 2 – berpusat di Codova menggunakan gelaran amir diasaskan oleh Abdul Rahman al – Dakhil.

b) Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah – bidang politik.
Sistem khalifah – ketua pemerintah pengganti Nabi Muhammad s.a.w.
Sistem wazarah – pelantikan wazir yang mengetuai pentadbiran kerajaan pusat.
Sistem Gabenor – mengetuai pentadbiran wilayah.
Sistem urus setia – pegawai utama dilantik mengumpulkan rekod, mengurus, mengurus surat dan dibahagikan pula kepada beberapa bahagian seperti bahagian cukai, ketenteraan, polis dan kehakiman.
Sistem hijabah – menjaga keselamatan dan memeriksa orang yang ingin menemui Khalifah.
Penubuhan 4 jabatan – jabatan cukai, surat menyurat, urusan am dan urusan cap mohor pemerintah.
Penubuhan Diwanul Jundi (jabatan Ketenteraan).
Penubuhan angkatan tentera darat dan tentera laut.
Bidang perundangan – hukuman berdasarkan ijtihad berpandu al-Quran, sunnah atau ijmak. Hakim mestilah bebas dan adil
c) Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah – bidang sosial.
Ilmu pengetahuan – Kota Basrah menjadi pusat pengajaran dan penyebaran ilmu.
Lahir ilmuan seperti Khalili ibn Ahmad ( bahasa dan filologi Arab ), Sibawayhi (nahu Arab), Jarir (sasterawan).
Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi negara.
Tanda bunyi atau baris dalam tulisan al – Quran diperkenalkan untuk memudahkan umat Islam bukan Arab.
Ilmu agama – Ibn Zihat al – Zuhri (hadis), Ibn Jarith (tafsir al- Quran), Hasan al- Bakri (usuluddin).
Hospital pertama- dibina oleh Khalifah al – Walid Abdul Malik di Damsyik.
Hospital penyakit kusta – dibina oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.
Terjemahan pelbagai ilmu ke bahasa Arab – Ibn al – Nafis menterjemahkan buku berkaitan pembedahan.
Perkembangan ilmu moden lain – kimia, astronomi.
d) Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah ke – 2 di Andalusia.
Pusat pengajiaan tinggi di Carova – diasaskan oleh Abdul Rahman III, kemudian berkembang ke Eropah.
Perpustakaan Cardova diasaskan oleh al – Hakam II.
Bandar ilmu yang lain – Seville, Toledo, Granada.
Pusat penjermahan karya Yunani ke dalam bahasa Arab terdapat di Toledo.
Cardova juga menjadi jambatan ilmu antara dunia Islam dan Eropah.
Seni bina Islam – masjid Cardova lengkap dengan menara, kubah, dan tiang daripada marmar.
Penubuhan baitulmal – mendapat sumber pendapatan daripad kharaj (cukai tanah), jizyah ( cukai perlindungan), usyur ( hasil pertanian), ghanimah (harta rampasan perang) dan zakat ( wajib bagi umat Islam).
Cordova menjadi pusat ekonomi dan perdagangn antarabangsa contohnya perusahaan orang Islam seperti tembikar, perhiasan emas/perak, kulit, membuat senjata.
Pertanian – sistem saliran dan penyelidikan benih tanaman.
(4) Kerajaan Bani Abbasiyah
a) Latar belakang kemunculan kerajaan Bani Abbasiyah.
1. Pada peringkat akhir pemerintahan Bani Umaiyah, golongan Mawali (orang Islam bukan arab seperti Parsi dan Barbar) merasa didiskrimisikan (tidak dapat jawatan dan dikenakan cukai yang lebih tinggi).

2. Bani Umaiyah yang mentadbir pula mula mengabaikan ajaran Islam.

3. Kesannya golongan Mawali menyertai gerakan Abbasiyah.

4. Sistem warisan Umaiyah juga telah ditentnag oleh orang Islam Syiah dan Khawarij.

5. akhirnya gerakan Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah.

6. Gerakan ini dimulakan oleh Ali b. Abdullah atas nama ahlul bait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w) agar mendapat sokongan.

7. Pusat operasi mereka di Khurasan, Kufah dan Humaimah.

8. Pemimpin terkenalnya ialah Abu Salamah dan Abu Muslim.

9. Ketika pemerintahan Abu Jaafar al – Mansur pemerintahan kerajaan ini berpindah dari Damsyik ke Baghdad.

10. Kerajaan ini berakhir apabila ditawan tentera Monggol yang diketuai oleh Hulagu Khan.

11. Kerajaan ini mengamalkan sistem warisan atau monarki (pemerintahan keturunan raja).

12. Nama kerajaan ini diambil sempena nama al – abbas (bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w).

b) Sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah.
1. Semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmun – Baghdad menjadi kota intelektual.

2. Karya asing seperti falsafah dan sains Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa arab.

3. Baitulhikmah (institusi keilmuan) telah dibina.

4. Kegiatan penulisan terbahagi kepada 3 tahap iaitu mencatat segala idea atau percakapan, mengumpul idea yang serupa atau hadis Nabi Muhammad s.a.w. mengarang (dalam bahagian dan bab yang berbeza antara satu sama lain).

5. Penglibatan ulama dalam penulisan – fikah, tafsir, sejarah.

6. Iman terkenal seperti Ibn Ishaq (sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w), Abu Hanifah (fiqah dan ijtihad).

7. Ketika ini berlaku pemisahan ilmu tafsir, sirah dan hadis.

c) Sumbangan Bani Abbasiyah dalam penterjemahan.

1. Terjemahan ke bahasa Arab dibuat daripada bahsa yunani, Suriani dan Yunani.

2. Orang Islam Islam menterjemah dan mencipta serta membuat pembaharuan, menghurai, menambahbaik karya tersebut ke bahasa Arab.

3. Islam memelihara warisan ilmu itu ketika Eropah dilanda Zaman Gelap (Eropah kurang menghargai ilmu).

4. Penyelidikan sarjana Islam kemudiannya diterjemaah pula ke bahsa asing(Eropah) yang membawa kebangkitan Eropah seperti Zaman Renaissance.

(5) Kerajaan Turki Uthmaniyah.
(a) Latar belakang kemunculan Kerajaan Turki Uthmaniyah.
1. Kelemahan Kerajaan Abbasiyah menyebabkan munculnya kerajaan kecil seperti Saljuk di Turki.

2. Salah sebuah pemerintahan di bawah pengaruh Saljuk ialah Anatolia, tetapi pemerintah Anatolia bebas mentadbir.

3. Kemudian kerajaan kecil Anatolia ini menguasai kerajaan lain hingga membentuk kerajaan Turki Uthmaniyah.

4. Uthmaniyah berasal dari nama pengasas kerajaan ini iaitu Uthman b. Ertughrul. Beliau ialah amir (gabenor Saljuk) kawasan barat Anatolia yang bersempadan empayar Byzantine (Rom Timur) maka ancaman disini amat tinggi.

5. Kemudian Byzantine ditumpaskan oleh Uthman, maka ramai ghazi (pahlawan tentera) dan pemimpin masyarakat bersatu di bawah uthman memperluaskan taklukan.

b) Perluasan empayar Kerajaan Turki Uthmaniyah.
1. Empayar bermula di sekitar Anatolia, kemudian Bursa dijadikan ibu negeri ketika pemerintahan Uthman.

2. penggantinya iaitu Orhan I meluaskan jajahan seperti Marmara, Ankara.

3. Kemudiannya Murad I dan Bayezid I menguasai jajahan seperti Bulgaria, Sofia, Albania, Kosovo.

4. Mehmed II pula berjaya menawan Istanbul (Constantinople) iaitu ibu kota Ron Timur.

5. Pada awal abad ke-20, empayar ini merosot keranan pemimpin lemah, keruntuhan sistem cukai dan pemberontakan.

c) Sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah
1. Bertahan selama 600 tahun sebagai empayar Islam sehingga berperanan membentuk kesatuan orang Islam seluruh dunia.

2. Istanbul menjadi pusat pentadbiran dunia Islam.

3. apabila Sultan Selim I menguasai Makkah kerajaan ini dianggap pelindung umat Islam seluruh dunia.

4. Kanun Suleiman diperkenalkan sebagai perundangan yang melindungi nyawa, harta dan kehormatan individu tanpa mengira bangsa dan agama.

5. Kerajaan ini memperkenalkan sistem jawatan seperti kadi dan mufti. Jawatan Sheikh-ul-Islam pila ialah ketua ulama yang mengeluarkan fatwa.

6. Dari segi ekonomi- Istanbul menjadi kota perdagangan timur dan barat, dunia Islam dan bukan Islam.

7. Hubungan perdagangan Turki meliputi pelabuhan di sepanjang Laut Mediterranean, Tengah, Merah dan Hindi.

8. Menukarkan sistem bangsawan berasaskan susun lapis masyarakat kepada sistem menggalakan kecemerlangan individu – mobility sosial meluas khasnya di jajahan Eropah.

9. Sistem pendidikan – sistem madrasah, sekolah pendidikan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, kolej perubatan.

10. Penulisan ensiklopedia – berkaitan sains Islam.

11. Perpustakaan ditubuhkan di masjid, hospital, rumah.

12. Seni bina – masjid Sultan ahmed (masjid biru) di Istanbul.

(6) Faktor penyebaran Islam ke Eropah.
a) Kekuatan pasukan tentera Islam.
1. Pegangan akidah dan akhlak yang kukuh menjadi asas kekuatan kerajaan Islam menentang Eropah.

2. Semangat Ghazi Zaman Uthmaniyah membentuk semangat pahlawan berkorban jiwa raga demi menyebarkan Islam. Kesannya – kejayaan memperluaskan kuasa ke Eropah.

3. Sistem ketenteraan Uthmaniyah – senjata moden (meriam besar), tentera berkuda, kumpulan infantry yang kuat.

4. Kumpulan Janissari Uthmaniyah ialah kumpulan elit terlatih dalam perang.

5. Kekuatan armada laut – pada zaman Suleiman al-Kanuni armada ini mengawal kawasan Laut Mediterranean.

b) Politik tidak stabil di Eropah.
1. Perang antara kerajaan kecil di Eropah memudahkan Islam meluaskan kuasa.

2. Kemasukkan tentera Uthmaniyah ke Eropah pada awalnya atas permintaan Maharaja John VI Cantacuzens yang meminta bantuan Orhan menuntut takhta kerajaan Byzantine.

3. Kejatuhan Byzantine – memberi peluang kepada penyebaran Islam di Eropah.

4. Institusi gereja di Eropah runtuh – penyalahgunaan kuasa, pergaduhan para pemimpinnya. Maka rmaai penganut Kristian memeluk Islam.

c) Dasar pemerintahan Islam.
1. Dasar diplomasi dan toleransi – masyarakat Eropah tidak dipaksa memeluk Islam.

2. Kedudukan, perundangan dan harta Gereja Ortodok diiktiraf, kerajaan Uthmaniyah tidak mencampuri hal keagamaan Kristian.

3. Dasar berasaskan kecemerlangan individu dan bukan keturunan menarik minat orang Eropah memeluk Islam.

4. Kerajaan Islam tetap membina sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan rakyat di jajahan Eropah.

d) Peranan penghijrah Turki dan pendakwah Islam.
1. Ramai orang Turki berhijrah ke Balkan seperti kawasan Thrace, utara Bulgria dan Albania yang didiami ahli sufi.

2. Mereka bersama ahlisufi menarik minat orang Kristian memeluk Islam kerana sifat toleransi. Ahli sufi.

(7) Perembungan tamadun Islam dengan tamadun lain.
a) Kawasan pertembungan tamadun.
1. Khalifah al-Rasyidin (Khalifah Umar) bertembung dengan tamadun Yunani Rom ketika bertapak di Mesir.

2. Kemudian perluasan kuasa ke Baghdad pula menyebabkan pertembungan dengan tamadun Parsi dan Islam.

3. Apabila Bani Umaiyah menakluki Afrika Utara dan Sepanyol berlakulah pertembungan antara tamadun Islam dan Eropah.

b) Cara pertembungan berlaku.
1. Perdagangan – Nabi Muhammad s.a.w pernah berniaga di Syam(Syria). Pedagang Islam juga berniaga di kawasan Teluk Parsi hingga ke China ( bertembung dengan tamadun China).

2. Diplomatik – kerajaan Bani Umaiyahh menghantar peneroka ke utara Selat Gibraltar di selatan Sepanyol. Mereka bertemu petempatan bukan Islam seperti di Cordova, Valencia untuk membuat hubungan diplomatic. Kesannya mereka memahami konsep aman dalam cara hidup orang Islam.

3. Penaklukan – kerajaan Islam membentuk ekspedisi tentera dan bertembung dengan tamadun luar, contohnya menakluk Iran/Iraq (tamadun Parsi), Mesir/Afrika Utara (tamadun rom-empayar Byzantine).

4. Kebudayaan – kemasukan Islam ke Sepanyol menyebabkan bahasa Arab menjadi bahasa utama di situ. Lahir golongan Mozarab iaitu orang tempatan beragama Kristian tetapi mengamalkan budaya Islam dan berbahasa Arab.

5. Intelektual – Ilmuan Islam mendalami ilmu tamadun Eropah dan berlaku pertembungan antara ahli fikir Islam dengan bukan Islam.

c) Kesan pertembungan tamadun dari segi agama, ekonomi dan sosial.
1. Keagamaan – mengubah akidah penduduk taklukan kepada kepercayaan kepada Allah, tetapi Islam tidak menghapuskan adat dan budaya yang tidak bertentangan Islam.

2. Kesan perluasan kawasan yang diperintah Islam – kawasan penyebaran pengaruh Islam diperluaskan.

3. Lahir pelbagai kerajaan Islam – kerajaan Delhi/Mughal di India, kerajaan Umaiyah, Abbasiyah, Uthmaniyah.

4. Penguasaan ekonomi – keselamatan lalauan pedagang dikawal oleh kerajaan Islam. Pedagang Islam berdagang meliputi ke India, Ceylon, alam Melayu dan China di timur, Sepanyol, Perancis di barat.

5. Urbanisasi – berlaku kesan kemajuan pedagang Islam.

6. Organisasi sosial – Islam memberi penyelarasan undang – undang yang saksama kepasa semua lapisan masyarakat.

7. pendidikan – merangkumi penguasaan pendidikan agama, sains, teknologi, sejarah, matematik.

8. Tatatertib kehidupan harian seperti cara berpakaian, berfikir, bertutur telah berubah. Di Sepanyol, ketika pemerintahan Bani Umaiyah orang Eropah bertutur bahasa Arab dan berpakaian seperti orang Islam.

9. Golongan Mudejar ialah orang Islam minority di bawah pemerintahan Kristian, mereka menyebarkan cara hidup Islam tersebut.

d) Kesan pertembungan tamadun dari segi ilmu pengetahuan.
1. Cendekiawan Islam dan bukan Islam bertukar pendapat dan ilmuan Islam menterjemah karya Yunani seperti Aristotle, Plato, Galen.

2. Penterjemahan pesat berlaku kerana adanya perpustakaan yang membolehkan bahan kajian ini disimpan.

3. Ilmu perubatan – Zakaria al-Razi menterjemah karya Galen menghasilakn kitab Al-Hawi.

4. Matematik dan astronomi – al-Khawarizmi, al-Batani.

5. Politik dan undang-undang – al Farabi, al-Mawardi.

6. Ilmu Mantik dan falsafah – Ibn Sina, Ibnu Rushd.

7. Seni bina – Masjid Cordova, istana Alhambra di Granada.

8. Kesusteraan – Omar Khayyam, Jalal ad-Din.

9. Pengembaraan – Ibn Battuta, al – Mascudi.
< >

BAB 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH.

BAB 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH.

(1) Peristiwa penghijrahan ke Madinah.


a) Kedudukan penduduk Madinah sebelum hijrah.
1. Madinah terletak di utara Makkah di tengah – tengah perjalanan jalan dagang antara Makkah dan Syam.

2. Tiga golongan pendudukannya – Nasrani, Yahudi dan Arab.

3. Tiga golongan Yahudi – Bani Quraizah, Qunaiqa’, Nadhir.

4. Dua golongan Arab – suku Aus dan Khazraj.

5. Masalah politik dan ekonomi kerap berlaku antara mereka.


b) Perjanjian Aqabah 1 dan 2.
1. Ketika di Makkah beberapa orang suku Khazraj berjumpa nabi dan memeluk Islam, selepas kembali mereka menyebarkan Islam di Madinah.

2. Pada tshun berikutnya (621 M), suku Aus dan Khazraj menemui nabi lagi dan membuat perjanjian Aqabah 1.

3. Isi perjanjiannya – suku Aus/Khazraj beriman kepada Allah dan Rasul. Mereka berjanji membantu nabi. Mereka tidak melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, minum arak.

4. Selepas perjanjian ini nabi menghantar Mus’ab b. Umair ke Madinah menyebarkan Islam di sana.

5. Pada tahun 622 M, suku Aus dan Khazraj menandatangani Perjanjian Aqabah 2, isi kandungannya – suku Aus/Khazraj memeluk Islam dan mengaku taat setia kepada nabi. Mereka menjemput nabi dan orang Islam berhijrah ke Madinah. Mereka akan menyediakan tempat tinggal, keselamatan dan mempertahankan Islam.

c) Perjalanan hijrah nabi Muhammad.
1. Berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September 622M.

2. Ia berlaku secara senyap dan berperingkat – peringkat.

3. Nabi berhijrah selepas penghijrahan orang Islam lain.

4. Perjalanan hijrah Nabi ditemani oleh Abu Bakar selama 12 hari.

5. Umar al-Khattab berhijrah dengan terang – terangan, bersendirian dan dengan berani.

d) Konsep hijrah.
1. Perkataan arab bermaksud berpindah (perpindahan dari Makkah ke Madinah untuk mengukuhkan Islam).

2. Pengertian lebih luas – menegakkan kebenaran, meninggalkan keburukkan dan kejahatan, perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.

3. Tafsiran orientalis barat, hijrah ialah pelarian. Ia disangkal oleh Islam kerana orang Islam dijemput oleh penduduk Madinah, ketibaan disambut rela penduduk Madinah, diberi tempat tinggal dan dijamin keselamatan, nabi diterima semua penduduk termasuk orang bukan Islam.

e) Bagaimana Nabi melepaskan diri dari Makkah ke Madinah.
1. Hijrah bermula apabila nabi melepasi kepungan Quraisy di rumah bagnda. Ali telah tidur di tempat tidur nabi dan menggunakan selimut nabi.

2. Kemudian nabi berjumpa Abu Bakar memeberitahu perintah Allah agar berhijrah. Mereka berdua bersembunyi di Gua Thur. Perjalanan seterusnya dipandu Abdullah b. Arqat.

f) Apakah sebab dan tujuan hijrah.
1. Perintah Allah melalui wahyu yang menyatakan niat orang Quraisy ingin membunuh nabi.

2. Allah memerintahkan nabi agar segera berhijrah ke Madinah.

3. Ancaman di Makkah menjejaskan penyebaran Islam, maka suasana aman di Madinah memudahkan penyebaran Islam.

4. Suku Auz dan Khazraj sering bertelagah dan ekonomi mereka dikuasai orang yahudi. Maka mereka memerlukan pemimpin seperti nabi untuk mendamaikan hidup mereka.


g) Apakah kepentingan hijrah.
1. Dakwah Islam dapat disebarkan secara aman dan terang.

2. Mempersaudarakan suku Arab Madinah (Aus dan Khazraj).

3. Mempersaudarakan orang Islam Madinah dan Makkah.

4. Orang Makkah yang berhijrah ke Madinah digelar Muhajirin dan orang Madinah digelar Ansar.

5. Menyatukan penduduk pelbagai suku, budaya dan agama di Madinah.

6. Nabi membina masjid al-Nabai – masjid menjadi temapt beribadat, belajar bertemu dan berbincang, di persekitaran masjid aktiviti harian dijalankan seperti jual beli.

7. Takwim hijrah sempena peristiwa hijrah digunakan bermula dari pemerintahan Khalifah Umar.

8. Nama Yathrib ditkar kepada Madinah al-Munawwarah bermaksud kota bercahaya.

9. Hijrah membawa sikap toleransi, tolong – menolong. contohnya orang Islam Makkah dibantu oleh orang Madinah.

10. Hijrah dibantu pengorbanan harta dan nyawa para sahabat seperti Abu Bakar, Ali dan Abdul Rahman Auf.

11. Wanita juga sanggup berkorban seperti Asma’ puteri Abu Bakar ke Gua Thur menghantar makanan dan berita.

12. Hijrah menunjukan ketabahan nabi meninggalkan kesenangan hidup dan tidak berputus asa.

13. Hijrah menunjukkan kebijaksanaan nabi yang tidak terus ke Madinah tetapi bersembunyi dahulu di Gua Thur.

( 2 ) Piagam Madinah/Sahifah Madinah.


a) Latar belakang piagam Madinah.
1. Piagam ini dirangka oleh nabi berpandukan wahyu daripada Allah.

2. Ia mencatatkan tanggungjawab ketua negara dan rakyat.

3. Ia juga hasil persetujuan orang Islam dan bukan Islam.

4. 23 fasal tentang orang Islam dan tanggungjawabnya.

5. 24 fasal tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk Yahudi terhadap negara Madinah.

6. Perlembagaan ini ialah perlembagaan bertulis pertama digubal di dunia.

b) Apakah kandungan Piagam Madinah.
1. Politik – nabi ialah pemimpin semua penduduk Madinah, nabi juga ketua hakim berlandaskan musyawarah dan adil.

2. Agama – bebas memilih dan mengamal agama tanpa gangguan penganut lain, dan tiada paksaan memeluk Islam.

3. Sosial – masyarakat Madinah dianggap ummah, bersatu padu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa.

4. Undang – undang Islam – dilaksanakan secara menyeluruh tetapi peraturan keluarga yang sesuai dengan Islam boleh diamalkan. Hukuman dikenakan adalah adil.

5. Ekonomi – riba dan penindasan dilarang, tiada diskriminasi.

6. Pertahanan – semua penduduk diwajibkan memepertahankan Madinah dari ancaman musuh.

7. Kedudukan orang Yahudi mempunyai hak yang sama, hak kebebasan, hak keselamatan, selagi mematuhi Piagam Madinah.

c) Apakah kepentingan Piagam Madinah.
1. Model pemerintahan berasaskan Islam – agama Islam boleh dilaksanakan dalam negara berbilang agama dan bangsa.

2. Kandungannya merangkumi peraturan dunia dan akhirat.

3. Dari segi ekonomi amalan riba, menipu tidak dibenarkan, sebaliknya sedekah, keadilan ekonomi digalakkan.

4. Nabi berjaya membentuk masyarakat berasaskan ummah, nilai yang ditanamkan ialah ukhuwah Islamiah.

5. Konsep keadilan sosial – Islam menekankan persamaan dan persaudaraan, tiada perbezaan taraf dalam masyarakat.

6. Nabi mempraktikkan amalan positif seperti perpaduan, rela berkorban, Bantu – membantu.

7. Syariah Islam yang adil sesuai diikutioleh semua masyarakat.

8. Nabi menyusun perlembagaan dahulu sebelum membentuk kerajaan.

9. Pemerintahan Islam meletakkan Allah kuasa tertinggi.

10. Orang Yahudi tidak boleh menindas kaum Arab.

11. Semua bangsa mesti mematuhi peraturan.

12. Semua penduduk harus mempertahankan negara Islam.

d) Apakah strategi negara Islam Madinah dalam menyebarkan Islam.
1. Quraisy Makkah mencari sokongan orang Arab dan Yahudi di Tanah Arab bagi menentang Islam di Madinah.

2. Strategi baginda pula dengan menyebarkan Islam secara meluas seperti di Rom, Parsi, Mesir.

3. Nabi menghantar perutusan ke sana untuk memeluk Islam.

4. Nabi menggunakan kaedah diplomasi dengan mewujudkan persefahaman antara negara disamping menyebarkan Islam.

5. Serangan Quraisy kepada kabilah Islam akhirnya membawa perang, tetapi perang dalam Islam untuk maruah diri, agama dan negara. Perang hanya dilakukan selepas turunnya wahyu Allah menbenarkannya.


e) Konsep perang dalam Islam.
1. Antara siri perang Islam di Madinah seperti Perang Badar, Uhud, Khandak dan Tabuk.

2. Allah memberi izin perang setelah diserang Quraisy.

3. Prinsip perang dalam Islam ialah berperang apabila diserang musuh, mencari keamanan agar tempat ibadat terjaga, menentang kezaliman dan mempertahankan diri.

4. Sekira musuh Islam inginkan pendamaian, maka umat Islam perlu memilih pendamaian.

5. Perang antara orang Islam dengan Quraisy Makkah tidak memaksa musuh memeluk Islam, penerimaan agama Islam adalah secara suka rela.

6. Dalam Perang Badar, walaupun Islam menang, tawanan wanita dan kanak – kanak dibebaskan, tawanan lelaki dibebeaskan jika berjaya mengajar 10 orang kanak – kanak Islam sehingga pandai.

7. Tentera Islam yang berperang dilarang membunuh sesuka hati termasuk memusnahkan tumbuhan.

8. Kesannya lebih ramai memeluk Islam selepas Perang Badar.

( 3 ) Perjanjian Hudaibiah.
a) Latar belakang berlakunya Perjanjian Hudaibiah.
1. Pada tahun 628 M, umat Islam berhasrat menziarahi Makkah tempat asal mujahirin dan mengerjakan umrah.

2. Mereka disekat oleh Arab Quraisy di Hudaibiyah keranaQuraisy merasa maruah mereka tercabar.

3. Pihak Islam menghantar utusannya iaitu Uthman Affan menerangkan tujuan sebenar mereka datang.

4. Tetapi Quraisy enggan menerimanya. Kemudiannya Quraisy bimbang, lalu menghantar Suhail b. Amru memeterai Perjanjian Hudaibiah.

5. Mulanya para sahabat tidak menerima perjanjian ini yang dianggap berat sebelah, tetapi menerimanya sebagai pengajaran yang besar.

b) Apakah kandungan Hudaibiah.
1. Genjatan senjata selama 10 tahun.

2. Kabilah Arab lain bebas memihak kepada pihak Islam Madinah atau Quraisy Makkah.

3. Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.

4. Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya akan dipulangkan.

5. Umat Islam boleh mengerjakan umrah tahun berikutnya.

c) Apakah kepentingan Perjanjian Hudaibiah.
1. Memberi umat Islam menunaikan haji.

2. Memberi kebebasan umat Islam ke Makkah dan menunaikan ibadat di Kaabah.

3. Tempoh pendamaian ini memberi peluang kepada dakwah Islamiah ke seluruh Tanah Arab tanpa gangguan Quraisy.

4. Perjanjian memberi gambaran Islam tersebar secara aman.

5. Perkara 3 dan 4 perjanjian Hudaibiah kelihatan menguntungkan Quraisy tetapi dalam masa panjang ia menguntungkan Islam buktinya pengislaman tokoh berpengaruh seperti Khalid al Walid, Amru al – As.

6. Perjanjian juga menunjukkan nabi pemimpin unggul, dikagumi dan berwawasan.

7. Perjanjian ini menunjukkan Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.

d) Bagaimana pencabulan Perjanjian Hudaibiah berlaku.
1. Perjanjian ini hanya bertahan selama 2 tahun kerana pihak Quraisy sengaja mencabulinya.

2. Quraisy memberi sokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.

3. Bani Khuza’ah ini berpihak kepada Islam di Madinah,

4. Bermakna Quraisy melanggar perjanjian genjatan senjata.

5. Pihak Islam bertegas menghantar tentera ke Makkah.

( 4 ) Pembukaan Kota Makkah.


a) Peristiwa pembukaan semula Kota Makkah.
1. Nabi membuka semula Kota Makkah selepas hampir lapan tahun tinggal di Madinah.

2. Pembukaan ini kesan daripada tindakanQuraisy melanggar perjanjian Hudaibiah.

3. Pembukaan ini ialah strategi jangka panjang nabi menyebarksn Islam kerana penguasaan Makkah akan memantapkan Islam.

4. Baginda dan tentera memasuki Makkah secara aman.

5. Tokoh Quraisy seperti ketuanya Abu Suffian dan Al – Abbas amat khuatir lalu memeluk Islam sebelum kedatangan tentera Islam.

6. Empat pasukan tentera seramai 10 ribu orang masuk ke Makkah diketuai Khalid al – Walid, Abu Ubaidah, Saad Ubadah, dan Zubair al – Awwan, dari arah utara, selatan, barat dan barat daya Makkah.

7. Taktik ini memudahkan Makkah dikepung dan dibuka.

b) Apakah kepentingan pembukaan Kota Makkah.
1. Pembukaan Makkah menybabkan Abu Suffian dan al – Abbas memeluk Islam diikuti Arab Quraisy yang lain.

2. Nabi memberi jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung di dalam Kota Makkah.

3. Setelah berjaya, nabi bertawaf mengelilingi Kaabah dan berpidato menyatakan pentingnya perpaduan antara pelbagai bangsa dan agama.

4. Nabi memaafkan pihak Quraisy dsn tidak berdendam.

5. Kaabah terpelihara daripada unsure jahiliah, berhala dihapuskan dan masyarakat Islam mendalami ilmu Islam.

6. Makkah menjadi Kota Suci umat Islam dan tempat beribadat seperti ibadat haji.

7. Walau bagaimanapun Madinah tetap menjadi pusat pemerintahan Islam, Makkah menjadi wilayah kerajaan Islam.

8. Selepas itu berlaku peristiwa haji terakhir Nabi Muhammad s.a.w., dalam khutbah haji terakhir itu nabi berpesan, “ pusaka yang nabi tinggalkan selepas wafat ialah al- Quran dan sunnah, umat Islam tidak akan sesat selagi tidak meninggalkan pusaka ini ”.

9. Nabi wafat pada 632 M bersamaan 11 Hijrah.
< >